Analisis: Liverpool ‘Matikan’ Fernandinho Untuk Kurangkan Impak De Bruyne

Liverpool menang 4-3 dalam perlawanan yang hampir berakhir seri selepas mereka di hadapan dengan 4-1.

Seperkara yang menarik perhatian kami adalah sistem Liverpool yang membebaskan De Bruyne dalam perlawanan ini.

Permulaan

Kedua-dua pasukan bermain dengan asas 4-3-3. Seperti yang kami selalu jelaskan, itu hanya formasi pada kertas. Di atas padang, ia sangat fluid dan progresif.

Seperti dijangka, kedua-dua pasukan bermain dengan sistem high pressing dan bola sepak ofensif.

Pressing Liverpool

Ia pressing yang sangat luar biasa. Manchester City cuba untuk kekal tenang dalam perlawanan ini ketika ditekan tetapi mereka tidak dapat menafikan bahawa mereka tertekan.

Ada beberapa siri kesilapan Manchester City berlaku di garisan blok rendah mereka kerana gegenpressing Liverpool. Kesilapan itulah yang dimanipulasi oleh Liverpool untuk mencipta peluang gol.

Anda pasti akan ingat babak pressing yang digelar Klopp sebagai dari planet lain ini:

Robertson adalah masalah utama City di sebelah kanan di mana Raheem Sterling telah gagal memberikan sumbangan signifikan di dalam perlawanan ini.

Liverpool menekan Manchester City dengan unit pemain yang agresif. Mereka lebih agresif berbanding dengan City ketika cuba memenangi bola di blok tinggi. Ini adalah corak tekanan tinggi oleh Liverpool.

1. Pemain pertama akan menekan zon bola

2. Pemain ke-2, ke-3, ke-4 menekan pemain yang tanpa bola/opsyen

Ini antara contoh di mana mereka menekan opsyen Manchester City.

Idea tekanan yang sama digunakan oleh Guardiola. Mengepung pemain lawan dengan menutup garis hantaran (passing lane). Lihat bagaimana 1 posisi Aguero menutup 2 garis hantaran.

City memberikan masalah yang besar kepada Liverpool untuk mengawal bola di zon rendah. Membuatkan Liverpool juga kerap panik untuk melepaskan hantaran segera.

Meneutralkan Fernandinho

Ini aspek terpenting untuk menghalang De Bruyne daripada terlalu dominan dalam perlawanan. Idea dia adalah, sukar untuk mematikan gerakan pemain seperti De Bruyne yang dinamik dan berteknikal.

Jadi, Liverpool memilih untuk mematikan sumber utama hantaran kepada De Bruyne iaitu Fernandinho. Jika sumber ini tak ditutup, De Bruyne hanya perlu menunggu hantaran kunci dan menyerang ke zon serangan.

Apabila pusat ini ditutup, De Bruyne dipaksa melakukan kerja lebih (workload). Dia perlu lebih banyak turun ke bawah untuk mendapatkan/memburu bola.

Bila ini berlaku, ancaman langsung (direct) daripada De Bruyne dapat dikurangkan. Dalam beberapa rajah di bawah ini saya sertakan beberapa sekuel aksi Firmino menjadi pengacau atau penekan utama bek separa Manchester City itu.

Fernandinho jelas tidak dapat merancana (playmaking) dengan selesa dalam perlawanan ini. Sebelum ini City tenang melepasi blok tekanan lawan, tetapi bukan hari ini.

Ini adalah heatmap Firmino dan Wijnaldum yang aktif untuk menghalang dan mengganggu Fernandinho dalam perlawanan ini.

Kemasukan Bernardo Silva dan pertukaran pemain oleh Klopp telah memberikan kesan. Emre Can pemain yang sangat kompetitif di dalam perlawanan ini.

Kemasukan Milner membuatkan City lebih selesa di tengah. Bernardo Silva ternyata memberikan tambahan kualiti yang baik. Sebelum kemasukan beliau mereka di belakang 4-1. Selepas kemasukan beliau mereka 4-3 di belakang dan hampir seri.

Isu pertahanan

Dalam perlawanan yang kedua-dua pasukan sangat kuat menekan antara satu sama lain di garisan tinggi, kualiti penjaga gol sangat penting.

Karius ditewaskan dengan mudah di tiang hampir dengan beliau. Manakala Ederson melakukan 1 kesilapan penjaga gol yang membolehkan Salah menjaringkan gol mudah.

Ederson tidak beraksi di tahap terbaik malam itu. Untuk Liverpool rasanya tak perlu komen kualiti penjaga gol mereka macamana. Anda semua sudah tahu.

Ederson banyak melakukan tumbukan yang singgah di kaki pemain lawan. Beliau banyak keluar daripada kawasan namun gagal memenangi bola dengan lebih kemas.

Penilaian

Ini adalah perlawanan yang dimenangi oleh pasukan yang lebih tajam ketika serangan balas. Dari segi counterpressing, perlawanan ini memang bukan perlawanan untuk pertahanan buat silap.

Tekanan tinggi daripada kedua-dua pasukan membuatkan perlawanan ini sangat ‘watchable’.

Klopp memberitahu wartawan yang perlawanan ini telah memberikan publisiti yang baik kepada Liga Inggeris yang sebelum ini seringkali dituduh rigid dan terlalu ‘Inggeris’.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Roberto Firmino (Liverpool)

Ini adalah ‘brain’ kepada sistem Liverpool sama ada ketika bertahan di garisan tinggi ataupun menjadi titik hubungan utama ketika menyerang (linking up).

Beliau mencipta 4 peluang gol, 1 bantuan gol dan 1 gol dalam perlawanan ini. Oxlade Chamberlain juga memiliki statistik cemerlang dan dipilih MOTM rasmi tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN