Tony Cascarino: Kualiti Tandukan Cristiano Ronaldo Di Kelas Tersendiri

Kualiti tandukan

Selain daripada reputasi gah mengiringi karier hebatnya, Cristiano Ronaldo juga seperti diketahui cukup sinonim dengan kualiti tandukan padu yang menjadi sebagai antara senjata utama buatnya ketika di atas padang.

Kira-kira setahun yang lalu, bekas penyerang Chelsea sekitar tahun 1992 hingga 1994, Tony Cascarino menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kualiti tandukan dimiliki bintang bola sepak dunia itu.

Cascarino beranggapan kombinasi lompatan tinggi, di udara dan kekuatan tandukannya benar-benar meletakkan Ronaldo di kelas yang berbeza berbanding pemain-pemain lain.

”Jangkauan tandukan Ronaldo yang dapat menjaringkan gol sangat luar biasa dan dia bekerja dengan cukup keras dalam mencipta semula dirinya dari seorang pemain sayap rumit yang mencipta nama di Manchester United.”

”Pemain berusia 35 tahun kelahiran Portugal ini telah menjadikan tandukannya di tahap baharu dan dia telah menguasai banyak jenis tandukan yang berbeza ketika kebanyakan pemain bertuah dengan satu atau dua tandukan.”

”Saya sentiasa merasakan aspek terbaik dalam permainan saya adalah kemahiran tandukan dan di mana tidak ada ramai pemain di England yang lebih baik dari saya ketika beraksi dahulu,” ujar Cascarino menurut laporan Sportbible.

Embed from Getty Images

”Tetapi Ronaldo berada di kelasnya yang tersendiri melebihi sesiapa sahaja yang pernah bermain bola sepak.”

”Saya pernah cuba menerangkan sebelum ini bagaimana terdapat banyak cara untuk menanduk dalam bola sepak seolah-olah seperti menyepaknya. Anda boleh menggunakan [kepala] di bahagian kiri, kanan, dahi atau bahagian atas kepala.”

”Tandukan Ronaldo seperti hayunan golf yang sempurna, semuanya berjalan dengan seiring. Bentuk badannya telah berubah dengan sangat ketara dalam beberapa tahun lalu dan dia jelas menghabiskan banyak masanya untuk menguatkan kekuatan di bahagian atas badannya.”

”Ia membolehkan dia untuk melompat bagi mengangkat badannya di udara dan meletakkan tubuhnya di posisi yang tepat untuk menanduk bola,” tambah Cascarino lagi.

Kami bawakan kepada anda kehebatan Cristiano Ronaldo dalam menguasai kemahiran tandukan:

Kredit featured image: Chris Ricco/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN