Tandukan Tajam Cristiano Ronaldo Buatkan Maghribi Pulang Awal Dari Saingan Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 diteruskan lagi dengan aksi kumpulan B melibatkan Portugal menentang Maghribi.

Maghribi merupakan pasukan yang cukup dominan dalam perlawanan ini apabila menguasai majoriti daripada separuh masa pertama perlawanan.

Mereka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol seawal minit ke-2 menerusi Khalid Boutalib namun tandukan beliau tersasar dari sasaran.

Walaupun menguasai, Maghribi gagal menggunakan peluang yang ada dan mereka ketinggalan seawal minit ke-5.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan selepas menerima bola dari situasi sepakan penjuru untuk memberikan pendahuluan kepada Portugal.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Cristiano Ronaldo of Portugal scores his team’s first goal past Monir El Kajoui during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Stu Forster/REMOTE/Getty Images)

Beliau telah menjaringkan kesemua gol Portugal jaringkan di Piala Dunia kali ini.

Beliau mempunyai peluang untuk menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-9 namun rembatan beliau sedikit tersasar.

Hakim Ziyech merupakan pemain paling bahaya bagi Maghribi dari segi percubaan apabila beliau menghasilkan 2 percubaan di separuh masa pertama untuk negaranya.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Hakim Ziyach of Morocco in action during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Maghribi turut dinafikan oleh peluang untuk memperoleh sepakan penalti selepas Nordin Amrabat dijatuhkan dalam kotak penalti.

Separuh masa kedua menyaksikan Maghribi terus menyerang Portugal untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Younes Belhanda melepaskan beberapa peluang keemasan selepas rembatan dan tandukan beliau tidak menepati sasaran.

Ziyech terus cuba memberikan inspirasi kepada Maghribi namun segala usaha beliau gagal membuahkan hasil.

Peluang terbaik dimiliki beliau adalah pada penghujung perlawanan apabila rembatan beliau dinafikan oleh halangan Pepe.

Kapten Maghribi, Mehdi Benatia mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Beliau pastinya kecewa dengan percubaan di masa kecederaan beliau yang tidak menemui sasaran kerana itu merupakan peluang terakhir Maghribi dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya, Maghribi bermain dengan cukup baik dan menguasai perlawanan.

Namun satu kesilapan telah menghasilkan satu jaringan dan itu amat disambut baik oleh Portugal untuk menghantar Maghribi pulang dari Piala Dunia.

Tamat perlawanan, Portugal 1-0 Maghribi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN