The Ultimate Juggling Challenge: Yakult Malaysia Tawar Hadiah Lumayan

Yakult

Selepas kejayaan menganjurkan Kejohanan Yakult Global Cup 2019 dan membawa pasukan Malaysia menjuarai pertandingan tersebut dengan mengalahkan 22 pasukan lain dari Jepun tahun lalu, Yakult Malaysia kembali sekali lagi pada tahun ini dengan sedikit kelainan selaras dengan norma baru aktiviti sukan di Malaysia.

Kejohanan yang digelar Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge akan mempertandingkan 2 cabaran iaitu secara individu dan juga berkumpulan di mana ianya akan menyaksikan peserta-peserta beradu kemahiran menimbang bola sepak sesama mereka.

Setiap cabaran dibahagikan kepada 3 kategori umur iaitu bawah 8, 10 dan 12 tahun.

Menurut Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada, pendemik semasa Covid 19 tidak mematahkan semangatnya untuk terus menganjurkan aktiviti bola sepak untuk kanak-kanak di Malaysia.

Walaupun keadaan semasa tidak membenarkan sukan berkumpulan di laksanakan, ianya tidak menghalang syarikat Yakult Malaysia menyemakkan semangat bola sepak secara dalam talian menerusi kejohanan ini.

“Tahun ini kita tidak bernasib baik untuk menganjurkan Yakult Global Cup Kali Kedua berikutan pendemik Covid 19 yang sedang melanda dunia, walaubagaimanapun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menganjurkan aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi.”

“Kami menganjurkan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menimbang bola di kalangan kanak-kanak di Malaysia serta memberikan mereka peluang untuk mencabar peserta dari Jepun yang terdiri daripada pelatih-pelatih di Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka dan Akademi Bola Sepak Fagiano Okayama’

Cabaran individu akan bermula pada 01 Jun hingga 20 Jun 2020 yang menawarkan hadiah wang tunai dan juga e-sijil untuk pemenang. Manakala bagi cabaran berkumpulan, cabaran akan bermula dengan peringkat saringan pada 01 hingga 20 Jun 2020 dan peringkat akhir akan berlangsung pada 26 hingga 30 Jun 2020. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan e-sijil dan berpeluang menentang pasukan dari Jepun.

Sebagai rekod, Yakult adalah minuman probiotik rasmi FAM dan ISN. Amalan minum Yakult, yg mengandungi probiotik Shirota strain hidup, setiap hari berfungsi menyokong sistem penghadaman dan imun badan.

Ini telah terbukti secara saintifik memanfaatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan di kalangan atlet, kanak-kanak dan masyarakat dari pelbagai golongan umur.

Kesemua cabaran ini akan dilangsungkan secara atas talian dengan peserta hanya perlu menghantarkan video penyertaan kepada pihak penganjuran mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Maklumat lanjut berkaitan Yakult Global Cup 2020 The Ultimate Juggling Challenge dan pendaftaran pemain dan pasukan boleh di dapati di laman web rasmi di www.yakult.com.my.

Baca artikel lain dari kami mengenai pembabitan Yakult dalam bola sepak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN