Carragher: Tak Ada Pemain Profesional Mahu Sengaja Patahkan Kaki Orang

Carragher
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Loading official content
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final
Take a look back at Newcastle United’s run to the 2025 Carabao Cup final with all their goals en route to Wembley.
0 seconds of 1 minute, 14 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:14
01:14
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Joshua Kimmich extends his Bayern contract Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video Newcastle United di OneFootball

Kekasaran dilakukan penjaga gol Everton, Jordan Pickford terhadap Virgil van Dijk menjadi antara topik perbualan hangat dalam kalangan penggiat dan peminat bola sepak di seluruh dunia pada ketika ini.

Insiden pada awal pertembungan ‘Derbi Merseyside’ di Goodison Park itu menyebabkan van Dijk terpaksa dikeluarkan dan lebih perit beliau disahkan mengalami kecederaan  Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Susulan dengan kejadian tersebut, banyak pihak menyalahkan Pickford yang menjurus kepada kecederaan panjang dihadapi van Dijk tetapi bagi bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, beliau mempunyai pendapat berbeza dan mempertahankan tindakan penjaga gol skuad kebangsaan England itu.

”Sudah tentu, ia seharusnya kad merah buat Jordan Pickford, ia adalah satu terjahan yang teruk.”

”Terdapat banyak kekecewaan dalam kem Liverpool, penyokong Liverpool, mungkin juga pihak neutral yang mahu Jordan Pickford digantung perlawanan.”

”Saya akan mempertahankan Jordan Pickford pada situasi ini. Ya, itu memang terjahan yang teruk,” ujar Carragher menurut kenyataannya di Football Daily.

”Saya juga pernah patah kaki, saya hampir untuk mematahkan kaki Nani. Perkara-perkara seperti ini berlaku, sayangnya dalam bola sepak, saya rasa tidak ada yang sengaja untuk menyakiti orang [pemain] lain.”

”Saya percaya 99 peratus pemain bola sepak profesional tidak akan berniat untuk menyakiti seseorang.”

“Prestasi Jordan Pickford agak tak menentu ketika ini. Dia selalu keluar dari pintu golnya, buat keputusan gila, seperti yang telah dilakukannya sejak 12 bulan lepas Dan malangnya salah satu keputusannya telah memberi kesan buruk kepada seorang pemain cemerlang di Premier League.”

Kredit featured image: John Powell/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jamie Carragher:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN