Solskjaer Tunduk Kepada Tekanan Ejen Seorang Pemain Man Utd

Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berjanji bahawa pemain tengah, Donny van de Beek akan mendapat peluang sebagai pemain kesebelasan utama seperti yang diinginkannya pada ketika ini.

Ejen van de Beek, Sjaak Swart sebelum ini meluahkan kekecewaannya apabila pemain tersebut masih belum diberikan peluang untuk diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Swart tanpa berselindung mengakui bahawa beliau tidak menggemari layanan diberikan Manchester United terhadap pemain tersebut.

Selepas mengharungi empat perlawanan EPL, pemain berusia 23 tahun itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kesemua aksi tersebut.

Van de Beek memberikan impak positif ketika dimasukkan pada perlawanan bertemu Newcastle United semalam apabila The Red Devils berjaya menambah tiga jaringan pada aksi 10 minit terakhir sekali gus mencatatkan kemenangan 4-1 di St James’ Park.

Sehubungan dengan itu, Ole memberikan jaminan van de Beek bakal menikmati diberikan peluang untuk membarisi kebelasan utama pasukan apabila tiba masanya nanti sambil memuji kualiti hebat yang ada pada pemain tersebut.

”Dia akan mendapat masa permainannya. Dia seorang pemain yang hebat dalam kumpulan ini.”

”Saya rasa anda melihat aksinya hari ini [semalam] dan dalam sesi latihan, aksinya sangat kemas dan rapi, saya tidak fikir dia akan kehilangan bola.”

”Ia berkaitan dengan mencari keseimbangan dalam pasukan. Kami memenangi perlawanan 4-1 hari ini dan anda [wartawan] bertanya mengapa saya tidak memulakannya [di kesebelasan utama].”

”Dia akan memberikan impak yang sangat bagus buat pasukan,” ujar Solskjaer menurut laporan dikeluarkan Goal.

Walaupun hanya dimasukkan pada babak kedua, van de Beek sudah berjaya menjaringkan gol sulung dalam kempen liga apabila beliau mencipta jaringan pada penampilan sulungnya ketika Manchester United tewas 1-3 di tangan Crystal Palace di Old Trafford.

Kredit featured image: John Sibley – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Donny van de Beek:

Juan Mata: Donny Van De Beek Seorang Pemain Yang Bijak

Ejen Berang Dengan Minit Perlawanan Van De Beek Dalam Kempen EPL

RASMI: Donny Van De Beek Milik United

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN