Cara Unik Toyota Mengiklankan Kereta Ini Di Liga Bola Sepak Arab Saudi

Pengiklanan adalah komponen penting dalam industri bola sepak. Tetapi anda pasti tidak dapat menjangka bagaimana Toyota mengiklankan model terbaru dan terakhir Toyota FJ Cruiser, sebuah SUV 4.0 L model 2014.

Dalam perlawanan Jeddah derby antara Al Ittihad dan Al Ahli, bola perlawanan dihantar ke pengadil dengan menggunakan kereta kawalan jauh model Toyota FJ Cruiser.

toyotafjcruiser

toyotafjcruiser1-compressed

Pengadil perlu membuka bumbung Toyota FJ Cruiser untuk mengambil bola yang disimpan dalam kereta kawalan tersebut.

toyotafjcruiser2-compressed

toyotafjcruiser3-compressed

Kemudian pengadil akan menutup bumbung kereta tersebut. Toyota FJ Cruiser akan keluar dari padang dan barulah perlawanan dimulakan.

toyotafjcruiser4-compressed

Ini mengingatkan kami kepada kereta kawalan model Mini Cooper RC yang ditugaskan untuk mengutip lembing dan peluru dalam Sukan Olimpik 2012 di London.

Untuk pengetahuan anda, liga bola sepak Arab Saudi dipanggil Liga Abdul Latif Jameel. Abdul Latif Jameel merupakan ahli perniagaan Arab Saudi yang mengusai industri kereta, kewangan, hartanah, media dan utiliti di Arab Saudi. Mengedar kereta Toyota merupakan salah satu cabang perniagaan beliau.

Apakah mungkin satu hari nanti Perodua atau Proton dapat melakukan perkara sama di Liga Super? Beri komen anda di ruangan komen di bawah.

Baca juga: Pasukan Amerika Selatan Ini Adalah Pasukan Bola Sepak Terhandal Di Dunia

Sumber: Reddit, FIFA

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN