Penyerang Celtic Ini Memberikan Temuramah Paling Gila Dalam Euro Bawah-21

Siapa boleh lupa temuramah selepas perlawanan yang diberikan Kevin Keegan pada 1996 apabila beliau menyemarakkan api permusuhan dengan Alex Ferguson ketika Newcastle United bersaing merebut kejuaraan liga dengan Manchester United?

Keegan_3293739b

Anda masih ingat lagi temuramah selepas perlawanan Alex Ferguson selepas Manchester United menewaskan Bayern Munich dalam final Champions League pada 1999?

Tetapi semua temuramah ini tidak dapat mengalahkan temuramah yang diberikan oleh John Guidetti, penyerang pasukan Sweden bawah-21 yang kini bermain di Celtic.

Dalam perlawanan separuh akhir European Championship Bawah-21 semalam, Sweden bertemu seteru tradisi dan jiran Nordic mereka, Denmark. Sebelum perlawanan, media Denmark dan Sweden berperang mulut sambil mengutuk jiran mereka masing-masing.

Tetapi kutukan media Denmark adalah yang paling pedas. Mereka mendakwa pasukan Sweden sebenarnya lemah dan Denmark tidak akan menghadapi masalah untuk mengalahkan mereka.

Kutukan media Denmark ini nyata idea buruk buat pasukan kebangsaan bawah-21 mereka kerana mereka tewas 1-4 kepada Sweden. John Guidetti menjaringkan gol pertama perlawanan tersebut.

Selepas perlawanan, Guidetti memberikan temuramah yang paling gila pernah kami saksikan. Penuh bersemangat dan penuh dengan kutukan terhadap Denmark.

Kami berikan anda 6 cara memberi temuramah cara Guidetti:

1. Berikan salam tangan paling maskulin kepada wartawan.

guidettislaps-compressed

2. Kutuk pasukan lawan yang baru anda kalahkan.

guidetti2

3. Kutuk pasukan lawan sepuas-puas hati anda.

guidetti3

4. Raikan kemenangan pasukan anda dengan menyanyi chant nama anda sendiri bersama rakan sepasukan.

guidetti4

5. Teruskan menyanyi chant nama anda sendiri walaupun rakan anda sudah keluar.

guidetti5

6. Peluk wartawan.

guidetti6

Baca juga: Xherdan Shaqiri Menyamar Sebagai Jurulatih Tua Berskil Tinggi

Sumber: Mirror UK, UEFA

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN