Calvert-Lewin: Perubahan Rintis Kepada Permulaan Hebat Everton

Calvert-Lewin

Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin yang kini merupakan penjaring terbanyak saingan Liga Perdana Inggeri (EPL) 2020/21 bersama Son Heung-min melihat beberapa perubahan dilakukan menjadi penyebab kepada permulaan hebat kelab Merseyside tersebut.

Everton pada ketika ini melakarkan rekod bersih selepas mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam saingan liga selepas berjaya menundukkan Tottenham Hotspur, West Bromwich Albion, Crystal Palace dan Brighton.

Momentum cemerlang itu juga menyaksikan Everton melakarkan rekod buat pertama kali berjaya memenangi empat perlawanan awal yang kali terakhir dilakukan pada musim 1969/70.

Penyerang berusia 23 tahun tersebut turut melihat kehadiran beberapa rekrut baharu nyata amat membantu dalam memperkuatkan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

”Terdapat perubahan dari segi mentaliti dan momentum di sekitar kelab ini dan ia menjadi pemangkin besar buat kami [prestasi baik pasukan] serta membawa pemain baharu dan kualiti yang mereka miliki,” ujar Calvert-Lewin menurut laporan Goal.

”Apa yang telah mereka tambahkan dalam pasukan ini memang sangat penting. Kami telah bersatu dengan baik dan sistem yang diterapkan terhadap permainan juga amat sesuai dengan kami.”

”Dalam separuh masa kedua [perlawanan bertemu Brighton], sejujurnya kami tidak bermain dengan baik. Tetapi kami berjaya menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan pasukan yang baik memenangi perlawan apabila mereka tidak sentiasa berada di atas. Kami telah membataskan peluang mereka.”

Selain itu, Calvert-Lewin turut memuji sumbangan yang telah diberikan pemain tengah berprofil tinggi, James Rodriguez yang ketika ini telah memudahkan tugasnya untuk menjaringkan gol.

”James seorang pemain yang hebat. Anda boleh lihat bagaimana ketika dia mendapat bola, kualiti yang dimilikinya. Dia telah membuka ruang buat rakan sepasukan di dalam padang.”

”Sebagai seorang penyerang, dia mencipta ruang dan itulah yang saya harapkan daripadanya.”

Kredit featured image: Peter Byrne – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Everton:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN