Bundesliga: Augsburg Sentap Ego Dortmund

Augsburg Bundesliga Dortmund

Hasrat Borussia Dortmund untuk menjadi pencabar kejuaraan Bundesliga musim sedikit terganggu selepas tewas 2-0 kepada Augsburg dengan Daniel Caligiuri beraksi cemerlang terlibat dengan kedua-dua gol dalam penampilan liganya yang ke-300.

Sekalipun mendominasi hampir 80 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama, tetapi Augsburg yang terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi percubaan pertama mereka apabila Felix Uduokhoi menanduk masuk hantaran dari sepakan percuma Caliguiri pada minit ke-40.

Augsburg yang berjaya mengekalkan disiplin pada babak kedua menggandakan pendahuluan pada minit ke-54 dengan Caligiuri berjaya mengatasi barisan pertahanan Dortmund yang bermain di garisan tinggi menewaskan penjaga gol Roman Burki dalam situasi satu lawan satu.

Pemain muda BVB yang cemerlang ketika menumpaskan Borussia Monchengladbach 3-0 dalam aksi pembukaan Bundesliga minggu lepas gagal mengulangi aksi magis mereka dalam perlawanan ini setelah ‘diikat’ dengan kemas oleh barisan pertahanan Augsburg.

Penyerang muda sensasi Dortmund, Erling Haaland terpaksa menunggu sehingga minit ke-90 untuk memperoleh percubaan pertamanya, sementara Giovanni Reyna, Jude Bellingham serta Jadon Sancho pula seakan-akan ‘hilang’ sepanjang perlawanan.

Usaha Lucien Favre memasukkan Marco Reus dan Julian Brandt pada separuh masa kedua juga gagal untuk mengubah nasib Dortmund sehingga tamat 90 minit perlawanan.

Dalam keputusan perlawanan Bundesliga yang lain, Monchengladbach masih gagal mendapatkan kemenangan pertama musim ini selepas sekadar seri 1-1 dengan Union Berlin, manakala Bayer Leverkusen dan RB Leipzig turut terikat dengan keputusan sama.

Hertha Berlin pula tumbang 3-1 kepada Eintracht Frankfurt di tempat sendiri smenetara dua pendatang baharu masing-masing mencatat kemenangan dengan Stuttgart membelasah Mainz dengan keputusan 4-1 dan Armenia Bielefield pula menang tipis 1-0 ke atas FC Cologne.

Juara bertahan Bayern Munich yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Super Eropah selepas mengatasi Sevilla pada Rabu akan berkunjung ke Hoffenheim untuk perlawanan liga kedua mereka pada Ahad.

Kredit Foto: Bundesliga

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN