EPL 2020/21: Jaringan Tammy Abraham Rencatkan Kejutan WBA

Tammy Abraham

Jaringan pada penghujung perlawanan oleh Tammy Abraham menyelamatkan Chelsea daripada dipalit kekalahan bertemu West Bromwich Albion (WBA) untuk kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 yang berlangsung di The Hawthorns, sebentar tadi.

Keputusan seri yang dicatatkan itu bagaimanapun terlalu dramatik untuk diungkapkan selepas Chelsea ketinggalan ketinggalan tiga gol ketika tamat separuh masa pertama.

Chelsea tersentak seawal minit keempat apabila kesilapan Marcos Alonso yang menanduk lemah bola dalam usahanya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sehingga memberikan bola kepada pemain tengah lawan, Matheus Pereira.

Pereira yang meluru pantas ke hadapan melakukan lorongan buat Callum Robinson yang kemudiannya meledakkan rembatan padu sekaligus berjaya menewakan penjaga gol veteran, Willy Caballero.

Terlena daripada lamunan tersebut, Chelsea memiliki tiga peluang terbaik untuk kembali menyamakan kedudukan tetapi rembatan Kai Havertz dari luar kawasan penalti di minit ke-10 ditepis keluar Sam Johnstone di gawang WBA.

Hantaran lintang cantik dari Reece James berselang dua minit kemudian pula gagal disempurnakan oleh Tammy Abraham manakala percubaan Timo Werner pada minit ke-15 sekadar singgah di palang gol.

Thiago Silva yang membuat penampilan sulung dalam kancah EPL terpaksa menelan kepahitan ia bukanlah permulaan baiknya buatnya kerana kucuaiannya pada minit ke-25 telah menghadiahkan gol kedua buat WBA.

Kawalan kurang baik pertahanan berusia 36 tahun itu memberikan ruang buat Robinson untuk merampas bola dan dengan tenang menambah jaringan buat kelab yang dibimbing Slaven Bilic tersebut.

Kelalaian jentera pertahanan Chelsea terus dihukum pasukan tuan rumah apabila Kyle Bartley yang tidak dikawal, mudah menolak masuk bola untuk terus mengukuhkan kedudukan pada minit ke-28.

Memasuki babak kedua, Chelsea yang berbelanja besar pada musim ini memperkemaskan aksi dengan menambah tekanan ke kubu WBA apabila membawa masuk Callum Hudson-Odoi bagi menggantikan Matteo Kovacic. Ia juga menjadi titik tolak kepada kebangkitan yang diharapkan setelah tiga jaringan terhasil.

Gol yang dinantikan The Blues akhirnya menjelma pada minit ke-55 apabila rembatan padu Mason Mount dari luar kawan penalti berjaya mengelirukan Johnstone bagi mengurangkan defisit jaringan.

Permainan ‘one-two’ antara Kai Havertz dan Hudson-Odoi nyata membuahkan hasil pada minit ke-70 apabila umpanan cantik pemain skuad kebangsaan Jerman itu disudahkan dengan baik oleh Odoi menerusi percubaan leret untuk memberikan harapan buat Chelsea.

Ketika aksi hanya berbaki dua minit sahaja [masa tambahan] untuk ditamatkan, Tammy Abraham muncul wira bagi menyelamatkan maruah Chelsea pada perlawanan ini apabila tolakan mudahnya hasil percubaan susulan selepas percubaan awal Mount ditepis Johnstone kembali mengikat kedudukan.

Kredit featured image: Twitter Chelsea FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN