Bukan MU Sahaja, Real Madrid Juga Perlukan Gol Sendiri & Penalti Untuk Menang

Sergio Ramos Real Madrid Real Betis La Liga 2020 MU

Keputusan yang sama dan jalan cerita yang hampir sama telah dilalui dua gergasi bola sepak Eropah, Manchester United (MU) dan Real Madrid untuk aksi minggu ini.

Kedua-dua pasukan menang tipis 3-2 ke atas lawan masing-masing dan memerlukan bantuan gol sendiri dan penalti untuk bangkit meraih tiga mata. Ia adalah kemenangan pertama juara La Liga musim lalu itu dalam dua aksi pertama musim ini.

Real Madrid pasti bersetuju dan gembira dengan VAR

Real Madrid ketinggalan 1-2 selepas Real Betis bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit menerusi Aissa Mandi pada minit ke-35 dan William Carvalho di minit ke-37. Los Blancos terlebih dahulu mendahului aksi pada minit ke-14.

Pemain tengah berusia 22 tahun, Federico Valverde meletak Real Madrid di depan apabila mudah menyudahkan percubaan jarak dekat untuk menewaskan Joel Robles di gawangnya. Ia merupakan jaringan pertamanya dalam dua penampilan.

https://twitter.com/zi_84/status/1309982314164781057

Ketinggalan 1-2, pertahanan Real Betis, Emerson melakukan kesilapan ketika cuba menghalang Karim Benzema menerima hantaran lintang apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-48, sebelum dilayangkan kad merah 20 minit kemudian.

Handball yang gagal dikesan oleh sesiapa telah berjaya dikesan oleh VAR dan akhirnya pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat Real Madrid di minit ke-82 untuk kapten, Sergio Ramos meyempurnakannya untuk tiga mata pertama mereka.

‘VAR, pemain dibuang padang dan Real Madrid, ianya sukar’

Sebagaimana MU juga, VAR juga yang menjadi penentu sepakan penalti dan kedua-dua pasukan itu memenangi perlawanan di penghujung perlawanan. Pengendali Real Betis, Manuel Pellegrini berkata selepas perlawanan, ianya terlalu sukar.

“VAR, pemain dibuang padang dan Real Madrid pada masa yang sama adalah terlalu sukar [buat kami]. Kami bermain lebih baik berbanding Real Madrid di babak pertama, kami jaringkan dua gol dan ada tiga peluang untuk meledak lagi gol.

“Saya lebih memandang kepada [keputusan] ketika 11 lawan 11. Pengadil yang bertugas pastinya melaksanakan tugas dengan adil dan sudah tentu dia betul [dalam membuat keputusan],” tegas Pellegrini yang tewas kali pertama selepas tiga aksi.

Sementara itu, Sergio Ramos pula berkata yang inilah mentaliti yang perlu ada selepas ketinggalan di babak pertama. Katanya, “Kami masuk di babak kedua dengan bermotivasi serta mengawal perlawanan. Kami perlu belajar daripada aksi ini.”

Penutup

Ia bukanlah aksi terbaik yang dipamerkan oleh anak didik Zinedine Zidane apabila mudah memberikan Real Betis dua jaringan mudah. Namun, mereka mengawal aksi babak kedua terutamanya selepas lawan kehilangan seorang pemain.

MU dan Real Madrid pastinya lega dan juga dalam pada masa yang sama bersetuju dengan VAR yang telah membantu mereka meraih tiga mata berharga.

KREDIT FEATURED IMAGE: beIN SPORTS

Baca lagi artikel mengenai Real Madrid dan MU:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN