Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan kini secara senyap sedang giat berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Super 2023.
Tampil dengan dua bintang import baharu diperkenalkan iaitu Ifedayo Olusegun serta Moses Atede, dilaporkan kini sasaran Sang Kenari seterusnya cuba untuk mendapatkan khidmat pemain tempatan pula.
SANG KENARI OFFICIAL: MOSES TAMBAH KUASA PERANCANG SANG KENARI
KDA FC dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan Moses Atede Jona sebagai pemain tengah baharu pasukan Sang Kenari, mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak bagi baki musim 2023. https://t.co/Z5D7GJ2q1g pic.twitter.com/xm3ZcHz2cQ
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 28, 2023
Sebelum itu, Sang Kenari sah telah pun melepaskan khidmat Al-Hafiz Harun secara pinjaman kepada Penang serta menamatkan kontrak lebih awal bersama pemain tengah kebangsaan Lee Andrew Tuck.
Untuk mengisi kekosongan ditinggalkan tersebut, ketika ini Kedah dilaporkan giat untuk cuba mendapatkan beberapa pemain tempatan baharu berkualiti untuk memperkukuhkan kelab.
Terbaharu, wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran menyatakan Kedah bakal mendapatkan khidmat pemain sayap Kuala Lumpur City (KL City) iaitu J. Partiban secara pinjaman pada pertengahan musim ini.
Umum mengetahui Kedah menjadi antara pasukan yang bermasalah musim ini di posisi sayap selepas mengharungi beberapa perlawanan peringkat domestik.
Prestasi Fayadh Zulkifli pula musim ini tidak seperti diharapkan berbanding tahun lalu serta kekosongan yang kini ditinggalkan oleh Al-Hafiz serta Lee Tuck.
Kehadiran Partiban dianggap sebagai sesuatu yang sangat penting dan memberi kelegaan buat Nafuzi Zain sekiranya ia menjadi nyata untuk Kedah mendapatkan pemain tersebut.
UPDATE 🚨 – It is learnt that J. Partiban will stay on with Kuala Lumpur as new coach Nenad Bacina sees him in his plans for the remainder of the season. #MFLTransfer2023 https://t.co/mWduW4E98V
— T. Avineshwaran (@avineshW90) July 30, 2023
Namun, wartawan berkenaan mendedahkan Partiban mungkin tidak akan menyertai Kedah kerana beliau berada dalam perancangan pengendali baharu mereka iaitu Nenad Bacina.
Selain Partiban, sumber rapat Semuanya BOLA turut menyatakan Sang Kenari kini turut memantau dua penyerang yang turut ingin ditandatangani secara status pinjaman dengan salah seorang daripada mereka merupakan bintang muda skuad kebangsaan.
Pemain muda yang dimaksudkan itu ialah penyerang muda KL City kini, Muhammad Haqimi Azim Rosli serta penggempur Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Syafiq Ahmad.
Kedua pemain tersebut bukan lagi nama asing dalam dunia bola sepak tempatan atau bersama skuad kebangsaan kerana masing-masing telah pun mempamerkan taring tersendiri ketika diberi peluang beraksi.
Nama Haqimi antara paling mencuri tumpuan kerana pemain tinggi lampai ini sedang menikmati tahun-tahun terbaik beliau selaku penyerang masa depan negara dan mempamerkan aksi positif.
Antara detik diingati pastinya ketika Haqimi meledak salah satu gol tercantik buat Harimau Malaya ketika saingan Piala AFF tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Nama Syafiq Ahmad pula sudah pun sinonim dengan Kedah, kerana beliau mula mencipta nama bersama pasukan tersebut pada awal penampilannya sebelum berjaya meraih pelbagai kejuaraan bersama JDT.
Kehadiran Syafiq pastinya akan menarik perhatian ramai penyokong Sang Kenari yang rata-ratanya masih merindui aksi pemain ini di atas padang seperti awal tahun lalu beliau dipinjamkan seketika buat Kedah.
Apapun, sehingga kini segalanya masih belum dimuktamadkan dengan laman rasmi pasukan tersebut belum menyatakan apa-apa lagi tentang kehadiran pemain baharu untuk menyertai Kedah.
Haqimi Azim merupakan keluaran SMK Seri Selayang sebelum diserapkan ke skuad belia dan skuad utama KL City FC. Semalam adalah debut pertamanya bersama Harimau Malaya dan menjaringkan gol di usia 19 tahun.
*Pernah menetap di SSN Selangor di usia 13 hingga 14 tahun. pic.twitter.com/w6eJNtVWAP
— Onefootball.my (@OnefootballM) December 25, 2022
Cuma jika ianya dapat direalisasikan, mungkin aksi Haqimi paling mencuri perhatian kami untuk melihat bagaimana beliau berada bawah kendalian Nafuzi yang dikenali pakar dalam membangunkan generasi muda.