Jaringan Tunggal Kpah Sherman Sudah Cukup Untuk Sri Pahang ‘Mengusik’ Perak

Kpah Sherman berjaya memastikan Sri Pahang untuk kembali meraih tiga mata penuh di laman sendiri, selepas pasukan tersebut mencatat kemenangan tipis 1-0 bagi mengatasi cabaran Perak.

Beraksi di Stadium Darul Makmur (SDM), Sri Pahang jelas mengalami kesukaran terutama di bahagian penyudah sebelum ketajaman Kpah dibuktikan pada separuh masa kedua untuk meledak jaringan tunggal.

Awal permainan menyaksikan kedua pasukan saling berhati-hati dalam menyusun gerakan dengan bola dilihat lebih banyak berlegar di tengah padang tanpa sebarang ancaman berbahaya dilakukan.

Daripada segi penguasaan awal, Sri Pahang tampil dengan lebih agresif untuk mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kawasan pertahanan Perak sebelum ianya dipatahkan dengan baik oleh pelawat.

Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, Perak jelas lebih banyak berada di kawasan sendiri dalam usaha untuk bertahan daripada asakan bertali arus dibuat oleh pasukan tuan rumah di segenap arah.

Stefano Brundo hampir mendapatkan gol pertama buat Sri Pahang pada minit ke-19 menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti, namun percubaan deras tersebut terkena benteng pertahanan Perak untuk memberi peluang tendangan sudut buat tuan rumah.

Secara tiba-tiba Perak hampir sahaja dibolosi pada minit ke-26 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti menerusi Kuvondik Ruziev sebelum bola tersebut sedikit tersasar keluar.

Enggan terus bertahan, sesekali Perak cuba mencipta beberapa peluang berbahaya dalam usaha untuk turut mendapatkan jaringan awal permainan menerusi gerakan daripada Luka Milunovic serta Hakimi Isa.

Kedua pasukan jelas buntu untuk masing-masing mendapatkan gol pertama perlawanan, walaupun masing-masing mempunyai peluang terbuka untuk menciptanya di separuh masa pertama

Bersambung di separuh masa kedua, Perak cuba memberi tindak balas menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Luciano Guaycochea pada minit ke-53 sebelum bola terkena palang gol untuk menyelamatkan keadaan Sri Pahang.

Kpah Sherman akhirnya berjaya membuka jaringan pertama buat Sri Pahang pada minit ke-54, selepas pemain tersebut melepaskan satu percubaan deras di sebalik kekalutan berlaku dalam petak penalti.

Sri Pahang hampir sekali lagi mendapat jaringan kedua menerusi tandukan Stefano Brundo hasil sepakan percuma dari luar kotak penalto sebelum ianya sedikit tersasar keluar pada minit ke-68.

Perak terus meningkatkan intensiti permainan dengan beberapa kali percubaan dilepaskan mereka dalam usaha untuk kembali menyamakan kedudukan.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk berpihak kepada Sri Pahang menerusi keputusan penuh 1-0 hasil jaringan tunggal daripada Kpah Sherman.

Kesebelasan utama

Sri Pahang: Mohd Izham Tarmizi (Penjaga gol), Mohd Azrif Nasrulhaq, Stefano Brundo, Nicholas Ryan Swirad, Muhammad Azwan Bin Aripin, Kuvondik Ruziev, Kevin Ingreso, Nor Azam Azih, Baqiuddin Shamsudin, Rafael da Silva, Kpah Sherman (Kapten)

Perak: T. Shaheeswaran (Penjaga gol), Raja Imran Shah Raja Amin, Khairul Asyraf Ramli, Luciano Guaycochea (Kapten), Shivan Pillay, Muhamad Afif Asyraf, Muhammad Fadhil Idris, Farris Izdiham, Luka Milunovic, Aiman Khairul Yusni, Muhammad Hakimi Bin Mat Isa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN