Amirbek & Moses Atede Di Kedah: Lebih Padu Digandingkan Atau Dipisahkan

Pemain tengah Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Amirbek Juraboev kini terpaksa menerima satu persaingan sengit untuk merebut kesebelasan utama, selepas pasukan tersebut mendapatkan seorang lagi tonggak import, Moses Atede.

Musim ini menjadi segalanya yang baharu buat Amirbek untuk pertama kali beraksi di Malaysia mewakili Kedah bagi slot pemain import kategori Asia.

Pemilik Kedah Jelaskan Maksud Reaksi Spontan Amirbek Saksikan Gol ‘Drive-Shoot’ Akmal Zahir

Tampil dari Tajikistan, Amirbek setakat ini menjadi antara pemain import yang sering mendapat pujian penuh daripada penyokong kerana kemampuan ditampilkannya di atas padang.

Daripada 17 perlawanan Liga Super setakat ini, Amirbek sudah pun beraksi dalam 16 perlawanan bersama empat jaringan terhasil menerusi pemain tengah bertahan tersebut.

Selain Amirbek, pertengahan musim ini Sang Kenari turut menambah kekuatan baharu di posisi tengah menerusi kemasukan Moses Atede yang sudah pun beraksi dalam dua perlawanan berturut-turut.

Beraksi di posisi serta berkongsi slot yang sama, Nafuzi kini sudah pun meletakkan Atede sebanyak dua kali dalam kesebelasan utama untuk menggantikan Amirbek.

Malah, kelibat Atede juga tidak kurang hebatnya menerusi pengaruh beliau di posisi tengah untuk memperkukuhkan Sang Kenari pada musim ini.

Persoalannya mula timbul, tentang siapa lebih bagus dan mampu untuk terus merebut kesebelasan utama Kedah pada aksi seterusnya tidak lama lagi.

Walaupun beraksi di posisi yang sama, masing-masing sebenarnya mempunyai kelebihan serta kelemahan tersendiri yang akan memberi kesan dalam corak permainan skuad kendalian Nafuzi Zain.

Amirbek lebih serba boleh

Menurut saudara Lazar Fauzanovic yang merupakan salah seorang penulis bebas Kedah, Amirbek digambarkan sebagai seorang pemain yang serba boleh di serata posisi.

Jelas Fauzanovic, Amirbek merupakan tonggak yang mampu beroperasi dengan sangat baik sebagai seorang pemain nombor lapan atau ‘box to box’.

Selain memiliki fizikal serta kelebihan membit sepakan yang bagus, stamina dimiliki oleh Amirbek juga sangat bagus untuk beraksi selaku nadi utama Sang Kenari.

Piala FA: Kelibat Amirbek Sedia Ranapkan Segala Bentuk Serangan Penang

Cuma kelemahan Amirbek kini dapat dilihat, apabila beliau akan meninggalkan Amirul Hisyam terdedah berseorangan ketika pemain tersebut membantu bahagian serangan Kedah.

Ini membolehkan situasi serangan balas terhasil daripada pasukan lawan selain Amirbek tidak akan terlalu berdisiplin di bawah membantu pertahanan kerana lebih cenderung kepada serangan.

Atede lebih stabil mengawal tempo permainan

Atede dianggap Fauzanovic sebagai pemain yang lebih berdisiplin untuk kekal dalam sistem yang diterapkan oleh Nafuzi di atas padang.

Malah, lawan juga tidak dapat menjalankan serangan balas pantas untuk memerangkap Kedah, kerana pemain ini lebih cenderung berada di bawah untuk membentuk gandingan bersama Amirul Hisyam.

Selain berkemampuan untuk memenangi pertarungan bola di serata kawasan, Atede juga mempunyai visi lebih tinggi untuk mencipta peluang-peluang gol buat Kedah dari bahagian tengah.

Kelibat Moses Atede Cemerlang Selaku ‘Arkitek’ Baharu Kedah

Kelemahan Atede ialah beliau tidak mempunyai mobiliti tinggi untuk membantu aspek serangan Kedah seperti dilakukan oleh Amirbek.

Dalam janaan serangan, Atede tidak begitu banyak terlibat kerana lebih berada di kawasan pertahanan serta mempunyai isu ketepatan dalam membuat sepakan lebih baik.

Amirbek atau Atede?

Pada pandangan Fauzanovic yang merupakan penyokong Kedah, beliau menganggap kehadiran dua pemain ini berjaya mewujudkan persaingan sihat untuk merebut kesebelasan utama selepas ini.

Secara peribadi, Fauzanovic lebih memilih Amirbek yang seimbang untuk membantu pertahanan serta memberi lebih pilihan serangan buat pasukan untuk aksi akan datang.

“Kesimpulannya, aku rasa dua pemain ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Tetapi aku suka bila ada dua pilihan yang bagus dalam satu pasukan ni. Ia akan berlaku persaingan yang sihat dalam pasukan.

“Mungkin akan berlaku rotation antara dua pemain ini, mengikut keperluan dalam setiap perlawanan.

“Mana-mana aku tak kisah, kedua pemain ni aku suka. Cuma buat masa sekarang Amirbek adalah pilihan pertama aku. Sebab banyak yang si Amir ni boleh tawarkan dalam pasukan, dia akan beri banyak pilihan,” kata beliau.

Untuk para penyokong Sang Kenari, siapa yang anda harapkan untuk berada dalam kesebelasan utama pada aksi seterusnya?

Atau buat pertama kali gandingan kedua pemain ini di atas padang serta korbankan salah seorang pemain import kuota antarabangsa demi merealisasikannya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN