Elkan Baggott Terima Pujian Pengendali Ipswich Town, Bakal Dikekalkan?

Masa depan pertahanan muda Indonesia iaitu Elkan Baggott dilihat cerah untuk beraksi dalam saingan Championship League musim hadapan bersama Ipswich Town di England, selepas mempamerkan aksi positif pada pra musim.

Baggott sebelum itu dilaporkan bakal dipinjamkan kepada kelab baharu kerana pengendali Ipswich Town iaitu Kieran Mckenna bersama beberapa lagi pemain muda lain milik pasukan tersebut.

Bintang Muda Indonesia Sedia Dilepaskan Ipswich Town Secara Pinjaman

Alasan Mckenna ketika itu supaya barisan pemain muda kelab tersebut mendapat lebih banyak minit permainan bersama pasukan-pasukan baharu diwakili musim hadapan serta tampil lebih berkualiti untuk mewakili Ipswich Town.

Beraksi dalam saingan Championship musim hadapan, jelas Ipswich Town serius mahu mencipta sesuatu selepas kini mereka berada di Austria untuk mengharungi beberapa perlawanan pra musim di sana.

Baggott antara yang turut ikut menyertai jelajah tersebut serta diberi peluang beraksi ketika mereka menentang Spartak Trnava serta Flyeralarm Admira dengan sekali seri serta satu kemenangan dilakar.

Tumpuan pastinya diberikan kepada Baggott yang diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan menentang Spartak Trnava serta tampil cemerlang di posisi pertahanan.

Baggott yang masuk selaku pemain gantian pada minit ke-50 berjaya menyerap asakan dibuat oleh pasukan lawan untuk memastikan kemenangan menjadi milik Ipswich Town dengan keputusn penuh 2-1.

Aksi Baggott bersama empat lagi pemain muda lain iaitu Ryan Carr, Leon Ayinde, Harry, serta Finley Barbook nyata mendapat pujian daripada Mckenna kerana tampil sangat menyakinkan.

“Lima pemain muda tersebut sertai sesi latihan bersama kami pada Jumaat lalu kerana kami memerlukan lebih ramai ahli untuk menghadapi dua perlawanan ujian.

“Pada pandangan saya, mereka sudah beraksi dengan cukup cemerlang biarpun ianya tidak mudah dihadapi para pemain muda tersebut.

Mereka sertai kami pada perlawanan pertama, dan dibawa turun ketika aksi kedua dengan menaiki bas,” jelas Mckenna menerusi laporan telah dikeluarkan oleh CNN Indonesia.

Jika Baggott dikekalkan dalam skuad utama Ipswich Town musim ini, beliau berpeluang untuk bertemu kelab-kelab yang lebih berkualiti seperti Leeds United, Leicester City, Southampton, serta beberapa lagi pasukan terkemuka.

Ini pastinya menjadi suatu pengalaman baharu buat pertahanan muda Indonesia tersebut untuk terus meningkatkan kualiti dalam permainan beliau serta memberi keyakinan untuk Shin Tae-yong menyenaraikan Baggott untuk saingan Piala Asia awal tahun hadapan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN