Bintang Muda Indonesia Sedia Dilepaskan Ipswich Town Secara Pinjaman

Bintang muda Indonesia iaitu Elkan Baggott dilaporkan sekali lagi akan dipinjamkan kepada kelab baharu pada musim hadapan, selepas tidak mendapat tempat bersama pasukan asalnya, Ipswich Town.

Untuk rekod, Baggott telah pun dipinjamkan sejak tahun 2021 daripada kelab tersebut untuk menyertai King’s Lynn sebelum membuat beberapa penampilan lagi di England bersama Gillingham serta Cheltenham Town pada musim lalu.

Penampilan Pertama Elkan Baggott Gagal Bantu Cheltenham Town Raih Sebarang Mata

Baggott sebenarnya boleh dianggap berada di kemuncak pada tahun lalu ketika beliau beraksi dalam saingan EFL League Two mewakili Gillingham dengan kejayaan meledak beberapa jaringan serta mempamerkan aksi mantap.

Namun selepas dipinjamkan kepada Cheltenham Town pula, pemain tersebutd dilihat sedikit bergelut dengan prestasi serta kesukaran merebut kesebelasan utama.

Sekembalinya Baggott bersama Ipswich kini, dilaporkan beliau sekali lagi akan dilepaskan pasukan tersebut menerusi status pinjaman untuk saingan musim hadapan.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh pengendali Ipswich iaitu Kieran Mckenna dengan turut menyatakan beberapa kelab lain berminat untuk mendapatkan khidmat Baggott selaku pinjaman.

Selain Baggott, pengendali tersebut turut menyatakan beberapa pemain lain turut akan menyusul bersama pasukan baharu dengan membawa status pinjaman pada musim hadapan.

Malah, pengendali tersebut juga mengatakan beliau tidak mengetepikan Baggott, sebaliknya mahu pemain tersebut mendapat lebih banyak minit permainan masa akan datang.

“Sama seperti sebelum ini, Baggott akan kembali berlatih bersama Ipswich sementara beberapa perbincangan dibuat bersama kelan lain dengan membabitkan pemain tersebut.

“Secara asasnya lebih baik buat Baggott beraksi di luar sana untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan selama bergelar status pemain pinjaman.

“Malah, Baggott sendiri setuju dengan perkara tersebut dan kini kami sudah pun berbincang dengan beberapa kelab lain untuk melepaskan beliau secara pinjaman,” jelas Mckenna menerusi CNN Indonesia.

Elkan Baggott Cemerlang Bantu Pasukannya Dalam Saingan Carabao Cup

Selain Baggott, beberapa lagi pemain lain turut berada dalam rencana Ipswich untuk dilepaskan secara pinjaman seperti Panutche Camara, Joe Pigott, dan Sam Morsy.

Malah, daripada senarai semua yang bakal dipinjamkan tersebut hanya Baggot seorang merupakan pemain paling muda dan masa depan beliau bersama pasukan baharu masih belum diketahui.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN