Sekilas Liga M3: Gol Zafuan Azeman Bantu Perlis United Kalahkan De Paula & Melaka

Liga M3

Saingan bagi aksi Liga M3 diterukan pada minggu ini dengan enam perlawanan dilangsungkan pada Sabtu dan Ahad lepas.

Pelbagai aksi dan keputusan menarik yang dicatatkan dengan apa yang terjadi pada minggu ini memberi kesan kepada pergerakan pasukan dalam carta liga.

Pasukan utara, Perlis United mencatatkan kemenangan penting di Stadium Hang Jebat apabila menewaskan Melaka dengan jaringan 2-1.

Pertembungan melibatkan dua penyerang dikenali ramai iaitu Zafuan Azeman dan Guilherme de Paula berakhir dengan kedukaan memihak pemain naturalisasi itu.

Apa yang menarik, kedua-dua pemain ini menjaringkan gol dalam aksi yang diadakan di Stadium Hang Jebat dengan Zafuan membuka tirai jaringan pada minit ke-17.

Farhan Mustafa kemudiannya menambah derita Melaka apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-45+2 sebelum penyerang sensasi negara menjaringkan gol untuk tuan rumah.

De Paula kemudiannya berjaya juga menjaringkan gol untuk Melaka pada minit ke-52 namun ianya tidak cukup untuk menghalang tuan rumah daripada kalah.

Dalam pada itu, hajat SAINS untuk melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia tampak semakin jauh dari pantauan apabila mereka tewas kepada Harini dengan jaringan 1-0.

Gol daripada Zulkiffli sudah cukup untuk memastikan wakil Negeri Sembilan itu semakin jauh daripada slot ke Piala Malaysia.

Di Manjung pula, hatrik daripada Fauzi Kadar cukup untuk memusnahkan Manjung City dalam perlawanan yang berakhir dengan 3-2 memihak pelawat.

Hatrik Fauzi itu memadam jaringan berganda Afeeq Iqmal di awal permainan bagi mengecewakan tuan rumah.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain dalam aksi Liga M3:

  • Imigresen 3-0 Malaysia University (Azim Rahim 34′, Ferris Danial 38′, Alif Romli 60′)
  • Sarawak United 0-3 PIB (Ubaidullah 17′, Ibrahim 68′, Huzaini 90+3′)
  • KL Rovers 0-0 Armed Forces

Imigresen mula masuk

Selepas perlawanan minggu ini, SAINS jatuh terduduk dan terkeluar daripada kedudukan tiga terbaik liga dengan Imigresen serta Bukit Tambun memintas mereka.

Perlis United menguasai bahagian pertengahan liga sementara Melaka walaupun menduduki tangga ke-10 liga, hanya dibezakan dengan tiga mata antara mereka dan wakil utara itu.

Sementara KL Rovers masih kekal mendahului walaupun tidak berjaya mengutip tiga mata menentang Armed Forces.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN