Sekilas Liga M3: KL Rovers Kekalkan Status Tanpa Tewas Dalam 14 Perlawanan

Saingan Liga M3 kini sudah pun melepasi 14 perlawanan dengan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) meneruskan konsistensi mereka untuk mencatat rekod tanpa kalah bersama aksi dipamerkan cukup positif.

Terbaharu, pasukan tersebut tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan Perlis United menerusi keputusan penuh 2-0 hasil jaringan daripada bekas penyerang UiTM FC iaitu Rafie Mat Yaacob serta Fahmi Sabri di separuh masa pertama.

Walaupun Perlis cuba memberi cabaran di separuh masa kedua, keputusan perlawanan kekal tamat dengan tiada sebarang jaringan terhasil selepas itu daripada kedua pasukan untuk terus menjulang nama KL Rovers.

Selain itu, Sarawak United terus gagal untuk meraih sebarang mata bagi kedua berturut-turut dengan kali ini mereka dikecewakan pula oleh Bukit Tambun FC menerusi keputusan penuh 1-3.

Tiga gol dilakar Bukit Tambun masing-masing dihasilkan oleh Fauzi Abd Kadir, Syukur Saidin, serta Akmal Rizal dan jaringan sagu hati daripada Sarawak United pula hadir menerusi ledakan Iskandar.

Keputusan tersebut menyaksikan Sarawak United kini berada di tangga ke-12 liga bersama satu kemenangan sahaja dilakar pasukan tersebut musim ini dalam saingan M3.

Untuk Melaka pula, pasukan tersebut gagal untuk mengekalkan momentum kemenangan mereka selepas melakar kekalahan kali keenam musim ini dengan seterusnya menjadi mangsa kepada Harini Selangor FT menerusi keputusan penuh 1-3.

Jaringan pembukaan daripada Hafiz Johar pada minit ke-56 jelas tidak cukup untuk Melaka mempertahankannya setelah Harini FT mencipta kebangkitan tiga gol menerusi Sunil Chandran, N. Thanabalan, serta bekas penyerang kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha.

SAINS FC pula tidak mengalami sebarang masalah untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri, walaupun dilaporkan aksi sedikit panas dengan insiden pergaduhan sesama pemain.

Pasukan tersebut berjaya mencatat kemenangan untuk mengatasi PIB Shah Alam menerusi keputusan penuh 1-0 hasil jaringan Firdaus Azizul pada minit ke-19.

Berikut merupakan dua lagi baki keputusan perlawanan dalam saingan Liga M3 pada minggu lalu:

Armed Forces 0-1 Imigresen FC (Alif Romli 18’)

Malaysia University 4-0 Naga Ultimate KS (Syahir Rahman 47’, Arif Danial 63’, Saiful Iskandar 65’, Akmal Afnan 75’)

Sehingga kini, KL Rovers berjaya menjarakkan tiga mata untuk kekal selaku pendahulu liga bagi mengatasi Harini FT yang sudah mencatat satu kekalahan.

Agak malang buat Naga Ultimate KS yang sehingga kini masih lagi belum merekodkan sebarang kemenangan selepas mengharungi 13 perlawanan dalam saingan liga.

Malah, pasukan tersebut juga dilihat konsisten mencatat kekalahan dengan terbaharu tewas besar kepada Malaysia University dengan keputusan penuh 0-4.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN