Bernd Leno Mahu Skuad Arsenal Terus Bersatu Hadapi Waktu Sukar

Leno

Masa untuk bersatu untuk mengubah nasib telah pun tiba.

Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno menggesa rakan sepasukannya untuk kekal bersatu dalam misi mengubah nasib mereka yang malang ketika ini.

Mereka yang hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir liga kini berada dalam situasi kritikal apabila terpalit dalam situasi pertarungan di zon bawahan liga.

Kekalahan di tangan Everton menjadikan luka semakin parah dan Fulham dan Burnley berpotensi untuk memintas jika kemenangan berjaya diraih.

Menurut mantan penjaga gol Bayer Leverkusen, beliau dan rakan-rakan jelas terluka dengan apa yang terjadi.

“Kekecewaan yang kami alami memang besar, ianya cukup menyakitkan,” kata Leno menerusi Goal.

“Tapi ini bukannya masa untuk kasihankan diri kami, ini adalah masa untuk bersatu dan kekal positif kerana pada Selasa ini kami akan mempunyai perlawanan yang cukup penting.”

Pada hemat Leno, memenangi perlawanan hanyalah jalan untuk mendapatkan semula angin positif di dalam pasukannya kini.

Katanya, waktu sekarang adalah saat dimana keyakinan berada di tahap paling rendah dan apa yang boleh dilakukan adalah skuadnya terus teguh untuk keluar dari masa sukar ini.

Arsenal bakal berhadapan Manchester City dalam tugas sukar dalam aksi Carabao Cup.

Baca juga artikel kami mengenai Bernd Leno:

Carabao Cup: Leno Selamatkan Arsenal, Tempah Slot Suku Akhir

EPL: Arsenal ‘Bersepai’ Dikerjakan Maupay, Lutut Leno ‘Barai’

Bernd Leno Dedahkan ‘Moonwalk’ Lingard Buatkan Pemain Arsenal Bersemangat Kalahkan United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN