Carabao Cup: Leno Selamatkan Arsenal, Tempah Slot Suku Akhir

Selepas 90 minit tanpa gol, penjaga gol Arsenal Bernd Leno menyelamatkan dua sepakan penalti untuk menyingkirkan Liverpool dari saingan Carabao Cup 2020/21 di Anfield.

Empat hari lepas, Arsenal tewas 3-1 di halaman sama. Susulan keputusan awal pagi tadi, pengurusnya Mikel Arteta jelas gembira dengan respon dan peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain-pemainnya.

“Banyak lagi ruang untuk diperbaiki tetapi kami berada di jalan yang betul,” kata pengurus berusia 38 tahun itu.

“Ini kali ketiga dalam masa lapan minggu kami lawan pasukan terbaik di Eropah. Mengikut pengamatan saya, keputusan ini menunjukkan kami ada peningkatan. Keagresifan kami ada peningkatan. Pressing kami pun bagus.

“Cuma bagi saya jurang kami dengan Liverpool masih besar. Kami kena sentiasa bekerja untuk sampai ke tahap mereka.”

Kedua-dua pasukan ini menghasilkan thriller jaringan 5-5 sebelum penentuan sepakan penalti yang dimenangi Liverpool dalam Carabao Cup musim lepas. Tetapi perlu diakui, perlawanan awal pagi tadi kurang menarik sebagai perbandingan.

Kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang jelas selepas membuat pertukaran pemain besar-besaran selepas perlawanan liga awal pagi Selasa lepas.

Selepas Leno menyelamatkan penalti Divock Origi dan Harry Wilson, Joe Willock menjaringkan penalti yang memberikan kemenangan.

Arsenal akan melayan kunjungan Manchester City pula di Emirates Stadium dalam aksi suku akhir Carabao Cup menjelang 21 Disember nanti.

Leno hero Arsenal

Ketika penalti Mohamed Elneny yang berjaya diselamatkan Adrian nampak akan menyingkirkan The Gunners dari kejohanan, Bernd Leno tampil menyelamatkan keadaan.

Kecemerlangan Leno merupakan tema utama perlawanan ini, terutamanya ketika Liverpool sudah mula mencipta peluang jelas pada akhir separuh masa pertama.

Leno menyelamatkan tandukan Diego Jota dan berhak mendapat sedikit tuah apabila percubaan susulan Takumi Minamino terkena palang.

Arteta turut memuji persembahan Leno:

“Bila anda lawan Liverpool di Anfield, anda perlukan penjaga gol cemerlang seperti Lono. Saya tak mahu lihat Emiliano Martinez pergi, tapi penghijrahannya (ke Aston Villa) adalah keputusan yang baik untuk kedua-dua pihak.”

Arsenal secara asasnya nampak tersusun dan berdisiplin ketika bertahan. Ini membuatkan Mohamed Salah yang menyertai tiro Minamino dan Jota dalam serangan The Reds nampak sedikit tenggelam.

Menurut pengurus Liverpool Jurgen Klopp, ketiadaan peluang buat Salah ini berpunca daripada kerja keras Arsenal.

“Saya suka dengan persembahan kami malam ini. Tapi kami tak jaringkan gol. Kalau ada gol dalam 90 minit, tentu kami menang. Peluang tak banyak dalam perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan bekerja keras menutup ruang masing-masing.”

Liverpool terpaksa bekerja keras untuk mencipta peluang gol. Apabila berjaya, mereka terpaksa berdepan pula dengan kecekapan Leno yang menafikan Jota dan Virgil van Dijk pada separuh masa kedua.

Dengan keputusan ini, penjaga gol Jerman berusia 28 tahun itu merupakan penjaga gol Arsenal pertama yang mendapat clean sheet di Anfield sejak Vito Mannone melakukannya pada September 2012.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN