Bernardo Silva Tak Mahu Manchester City Leka Jumpa Lyon

Bernardo Silva

Pemain Manchester City, Bernardo Silva tidak mahu rakan-rakannya berasa leka apabila bertemu Olympique Lyonnais dalam saingan UEFA Champions League (UCL) bagi pusingan suku akhir.

Menurut laman The Guardian, perlawanan itu disifatkan oleh Silva sebagai penting dan apa sahaja boleh berlaku.

Hasilnya boleh dilihat apabila Lyon sendiri menewaskan Juventus di pusingan sebelumnya.

Bagi Silva, walaupun mereka dianggap sebagai pasukan pilihan tetapi tumpuan tidak sepatutnya dijaga dengan baik untuk mengelakkan hilang fokus.

“Apa sahaja boleh berlaku, Juventus disingkirkan oleh Lyon. Terlalu banyak kejutan yang berlaku dalam kejohanan ini sejak beberapa tahun ini.”

“Kami sendiri tewas ditangan Tottenham Hotspur sebelum ini. Jadi sukar untuk meramal keputusan dari kejohanan ini.”

Silva turut mengatakan yang tersingkirnya Liverpool dan Real Madrid bukanlah memudahkan lagi laluan mereka untuk menjadi juara sebaliknya menyukarkan lagi teka teki untuk mencari siapa pemenang.

Sungguhpun begitu, fokus mereka tetap untuk memenangi UCL yang pertama dalam sejarah kelab.

“Kami bermain untuk menang dalam setiap kejohanan yang kami sertai. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik.”

“Kejohanan Eropah sahaja yang belum pernah dimenangi oleh kami sebelum ini dan ianya memberikan motivasi tambahan untuk kami mara sejauh boleh.”

Baca juga artikel kami mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN