Ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala AFC 2015, mereka telah menerima hadiah kemenangan sebanyak USD350,000 (RM1.5 juta), namun format Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur (KL City FC) berbeza.
Di edisi tersebut, JDT hanya meraih hadiah kemenangan selepas muncul juara kejohanan kedua terbaik di Asia itu. Sepanjang perjalanan mereka ke pentas akhir, hanya subsidi perjalanan diterima mereka untuk ke sana.
Berbeza dengan Kedah dan KL City, mereka dijangkakan akan menerima habuan sekiranya menjadi juara zon Asean. Ini bermakna mereka bakal mendapat hadiah kemenangan lebih awal selepas saingan kumpulan. Final zon Asean ini umpama pusingan 16 terbaik di era JDT mara melepasi saingan peringkat kumpulan berakhir.
JDT defeated Istiklol FC 1-0 for a historic AFC Cup triumph on this day (Oct 31) in 2015. The Southern Tigers were not only the first Southeast Asian team to reach the final, but also the first East Asian team to lift the coveted trophy — a record that stands till today. pic.twitter.com/M1GHYNtaMx
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 31, 2021
Berapa habuan untuk juara zon Asean?
Jika dahulu, JDT masih tidak menerima apa-apa hadiah kemenangan disebabkan belum mara ke pentas akhir. Kedah dan KL City boleh dikatakan lebih beruntung apabila format kejohanan berubah pada edisi 2017.
Setiap zon ada pentas akhirnya tersendiri yang menawarkan hadiah kemenangan. Ia sudah cukup mengiurkan dan tentunya membantu pasukan-pasukan bertanding berbanding dalam edisi sebelumnya, yang mana setiap pasukan perlu melalui perjalanan yang sedikit berliku sehingga ke pentas akhir kejohanan untuk meraihnya.
Juara zon bakal menerima USD100,000 (RM440,000) dan inilah yang bakal diterima jika Kedah atau KL City mara ke final dan menjuarai saingan zon Asean. Ini tidak termasuk subsidi perjalanan yang disediakan.
Di separuh akhir nanti, Kedah bakal berdepan wakil Indonesia, PSM Makassar sementara KL City berdepan cabaran wakil Vietnam, Viettel FC. Tiada aksi timbal balik, pasukan yang menang akan mara ke final dan berpeluang merebut hadiah kemenangan. Hanya juara zon bakal menerimanya di antara empat semifinalis.
Ia membantu pasukan dan menjadi lebih kompetitif
Piala AFC merupakan saingan kedua terbaik di Asia selepas AFC Champions League (ACL). ACL dilihat sebagai kejohanan paling lumayan di Asia dengan hadiah kemenangan sudah mula dikutip di peringkat kumpulan.
Seperti JDT ketika ini, walaupun baru memasuki pusingan 16 terbaik, hadiah terkumpul mereka kini mencecah RM941,000. Sangat lumayan dan tentunya ia menambah motivasi buat pasukan untuk mara lebih jauh.
‘Sudah Raih RM941K’ – Berapa Juta Hadiah Kemenangan JDT Akan Kaut Daripada ACL 2022?
Namun, tidak semua negara mampu menghantar wakil mereka ke sana disebabkan MA Ranking yang rendah. Jadi, Piala AFC adalah kejohanan yang menjadi sasaran mereka saban tahun, namun dilihat kurang menarik.
Ini kerana, tidak seperti ACL, Piala AFC hanya menawarkan hadiah kemenangan apabila pasukan mara ke pentas akhir. Selepas saingan kumpulan, mereka akan melalui pusingan kalah mati iaitu 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir. Pasukan yang mara ke perlawanan akhir dijaminkan hadiah kemenangan.
Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) mengubah format pertandingan pada edisi 2017. Dengan pecahan seperti yang diceritakan pada awal artikel tadi, setiap zon ada final tersendiri dan hadiah kemenangan tersendiri. Ini menjadikannya lebih menarik dan lebih kompetitif buat pasukan apabila dapat meraih habuan lebih awal.
#Fixture | AFC CUP 2022 – Asean Zone
👉Semi-Finals :
9/8 | Kedah Darul Aman 🇲🇾 -🇮🇩 PSM Makassar
10/8 | Viettel FC 🇻🇳-🇲🇾 Kuala Lumpur City#AFC #AFCCup pic.twitter.com/8iAxhubViM
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 30, 2022
Jika Kedah atau KL City mara lebih jauh?
Selepas final zon, setiap juara zon akan mara ke separuh akhir inter-zon yang bakal menemukan juara setiap zon. Pertembungan ini akan ditentukan melalui proses undian. Akan ada tiga zon Asia yang bakal berentap di separuh akhir inter-zon iaitu West Asia, Central Asia dan Asean. Juara akan mara ke separuh akhir inter-zon playoff kecuali West Asia. Di sini, juara peringkat kumpulan untuk South Asia dan East Asia sedang menanti.
Mereka akan melalui sekali lagi pentas akhir inter-zon playoff sebelum pemenangnya berdepan juara zon West Asia. Di sinilah pentas akhir Piala AFC yang sebenarnya yang menawarkan hadiah USD1.5 juta (RM6.6 juta).
Selepas meraih hadiah kemenangan selaku juara zon, tiada lagi hadiah kemenangan diberikan sehinggalah pasukan tersebut mara ke pentas akhir. Jadi, melihatkan laluan berliku di depan, Kedah dan KL City dijangka akan berebut untuk mendapatkan hadiah kemenangan di peringkat zon sebelum boleh memikirkan seterusnya.
Begitupun, kedua-duanya wajib menewaskan pasukan yang menjadi lawan mereka di separuh akhir zon Asean terlebih dahulu dan kemudian saling berebut untuk dinobatkan sebagai pasukan terbaik Asean bagi edisi ini.