Ingin Beraksi Di UCL, Mungkin Chelsea Bakal Pintas Man United Dapatkan De Jong?

Chelsea dilihat semakin memperkemaskan barisan pemain mereka menjelang musim baharu yang bakal tiba tidak lama lagi dalam saingan English Premier League (EPL).

Terbaharu dikhabarkan mereka sedang memantau situasi pemain tengah Barcelona iaitu Frenkie de Jong dan bakal memulakan langkah seterusnya jika Manchester United gagal menemui titik penyudah dalam rundingan dibuat.

Sebelum itu, United telah pun membuat rundingan dalam satu masa yang lama bersama Barcelona untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

Terbaharu, tawaran diletakkan oleh United sudah meningkat kepada €65 juta dan segalanya terserah kepada de Jong sama ada mahu memberi jawapan positif atau tidak bagi menyertai kelab tersebut.

Namun setakat ini, de Jong menyatakan tidak ada perkara terburu-buru perlu dibuat beliau untuk meninggalkan Barcelona walaupun menyedari kelab diwakilinya ketika itu memerlukan dana tambahan.

Walaupun begitu, de Jong dikhabarkan berhasrat untuk menyertai kelab yang hanya beraksi di pentas Champions League dan memberi kesukaran buat United apabila kelab tersebut sah tidak bermain dalam saingan tersebut musim hadapan menurut ESPN.

Chelsea dikhabarkan telah memantau de Jong sejak sekian lama dan pengendali mereka, Thomas Tuchel antara tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk melihat pemain Belanda tersebut menyertai mereka pada musim hadapan.

Keterujaan mereka hendak mendapatkan de Jong juga setakat ini jelas lebih menyerlah daripada sebelum itu apabila mereka turut memantau Declan Rice dari West Ham.

Setakat ini, Chelsea mengutamakan para pemain baharu di posisi serangan serta pertahanan bagi menggantikan khidmat Romelu Lukaku serta Antonio Rüdiger.

Antara pemain lain yang menjadi tumpuan Chelsea setakat ini ialah Nathan Ake dan Raheem Sterling dari Manchester City, tonggak Leeds United iaitu Raphinha, Matthijs de Ligt, dan Jules Kounde.

Selain itu, mereka juga dilihat bakal memanggil kembali pemain tengah berkualiti yang dipinjamkan ke Crystal Palace musim lalu iaitu Connor Gallagher setelah kontrak di sana tamat sekiranya Jorginho dan N’golo Kante tinggalkan pasukan selain Saul Niguez berkemungkinan besar kembali ke Atletico Madrid.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN