Liridon Bakal Buat Kemunculan Kembali Dalam Saingan Liga Malaysia?

Pemain tengah kebangsaan, Liridon Krasniqi berkemungkinan bakal membuat kembali penampilan beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan setelah kontraknya bersama Odisha FC telah pun tamat.

Beraksi di Indian Super League pada musim 21/22, Liridon telah pun membuat 16 penampilan bersama Odisha dan mesra digelar sebagai ‘The General’ dalam kalangan penyokong kerana kebolehan beliau untuk mengawal posisi tengah dengan baik.

Beberapa jam lalu, Liridon dilihat telah memuat naik status di Instagram miliknya dengan mengenai hala tuju perjalanan pemain tengah berpengaruh ini pada musim hadapan.

Dalam status yang dimuat naik beliau, ada dipaparkan dua warna iaitu merah dan kuning serta satu lagi warna masih menjadi tanda tanya untuk memberi klu beberapa pasukan mungkin disertai Liridon.

Jika dilihat pada dua warna tersebut, jelas terlintas di fikiran peminat bola sepak negara ialah Selangor.

Namun, kemungkinan juga kelab tersebut tidak menjadikan Liridon sebagai sasaran sesuai musim hadapan kerana kelab tersebut dilihat cukup baik di posisi tengah menerusi Brendan Gan, Mukhairi Ajmal, Baha’ Abdel-Rahman, Alex Agyarkwa serta beberapa lagi pemain muda berpotensi.

Dua kelab yang mungkin menyasarkan khidmat pemain tengah naturalisasi ini ialah Sarawah United dan Negeri Sembilan jika dilihat pada klu warna diberikan oleh Liridon.

Kedua kelab ini juga mempunyai motif kukuh untuk mengikat Liridon setelah masing-masing agak lemah di posisi tengah dari sudut kreativiti.

Negeri Sembilan musim ini pada awalnya bermula dengan sangat bagus menerusi pemain tengah import mereka iaitu David Mawutor.

Namun, kecederaan menimpa pemain dari Ghana ini merencatkan sedikit di posisi tengah pasukan. Ditambah dengan kualiti yang ada pada Omid Nazari sedikit terbatas dan kini Negeri Sembilan lebih mengharapkan Yashir Pinto menggerakkan serangan dari sudut kreativititi.

Jika diulas mengenai Sarawak United pula, pasukan ini juga berkemungkinan menyasarkan Liridon sebagai slot pemain tempatan buat mereka musim hadapan.

Sarawak kini dilihat terumbang ambing dari segenap posisi serta masalah ketiadaan perancang berkualiti untuk bergandingan bersama Lee Chang-hoon.

Boris Kok pula setakat ini masih belum mempamerkan kualiti yang bagus untuk mengawal posisi tengah dan lebih cenderung di bahagian pertahanan untuk membiarkan Chang-hoon lebih bersendirian di bahagian atas.

Keupayaan Liridon tidak perlu dipertikaikan lagi. Mempunyai skil kawalan individu yang bagus serta bijak mengawal tempo permainan menjadikan beliau antara bekas pemain import paling dikenali di Kedah Darul Aman suatu ketika.

Namun, prestasi beliau dilihat sedikit mendatar dan kemuncak beliau ketika aksi pemilihan pemain bagi siri kelayakan Piala Asia 2023 lalu, apabila nama beliau tidak tersenarai oleh Kim Pan-gon.

Jika beliau kembali lagi dalam saingan di Malaysia, maka kemungkinan untuk nama Liridon dipilih kembali bersama skuad kebangsaan lebih cerah.

Ini kerana keupayaan pemain ini mungkin boleh dipantau dengan lebih teliti oleh Pan-gon dan suasana beraksi buat Liridon boleh membuatkan persefahaman beliau bersama pemain lain lebih serasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN