Berkat Kejayaan KL City & Kedah, Ranking Liga Malaysia Teratas Di Asia Tenggara

Liga Malaysia

Berkat dari kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) dan Kedah Darul Aman (KDA) yang berjaya melayakkan diri ke saingan seterusnya Piala AFC, ianya telah memberikan lonjakan kepada Liga Malaysia (Liga-M).

Hal ini kerana, selepas kedua-dua pasukan tersebut berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya, ianya sekali gus menyumbang mata kepada ranking Liga-M dalam carta AFC.

Dalam senarai baharu yang dikeluarkan oleh AFC, Liga-M menduduki tangga keempat keseluruhan dalam AFC Club Competitions Ranking untuk zon Timur.

Mengumpul mata keseluruhan sebanyak 45.510, Liga-M menduduki tangga keempat dibelakang pendahulu Jepun (88.522 mata), Korea Selatan (81.061 mata) dan Hong Kong (58.302 mata).

Dengan kedudukan itu, Liga-M menguasai kouta 2+2 untuk saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagi musim 2025/2026.

Kouta 2+2 bermaksud dua pasukan akan terus layak ke saingan peringkat kumpulan manakala bakinya perlu melalui saingan play-off.

Ini bermakna pada 2025, Liga-M berpotensi untuk mempunyai empat wakil dalam saingan ACL!

Kedudukan ini terhasil berdasarkan persembahan wakil negara dari tahun 2019.

Hal ini bermaksud, kedudukan ini turut dibantu dengan persembahan cemerlang Johor Darul Ta’zim dalam saingan ACL.

Terhandal di Asia Tenggara

Hasil daripada ranking yang dikeluarkan oleh AFC itu juga menyaksikan Liga-M adalah yang terbaik di Asia Tenggara.

Dalam ranking tersebut, Liga-M mengatasi Vietnam (V.League 1) yang menduduki tangga kelima serta Thailand (Thai League 1) dan Singapura (Singapore Premier League).

V.League 1 mengumpul 43.905 mata sementara Thai League 1 memperoleh 36.588 mata. Manakala Singapore Premier League berhasil mendapatkan 20.429 mata.

Hasil daripada pengumpulan mata tersebut menyaksikan V.League 1 berpotensi memperoleh kouta 1+2 untuk saingan ACL sementara Thai League 1 mendapat 1+1 dan satu slot automatik ke Piala AFC.

Singapore Premier League akan mendapat tiga slot automatik ke kejohanan anjuran AFC iaitu satu untuk ACL dan dua untuk Piala AFC.

Sementara bagi liga yang dianggap seperti Premier League iaitu Liga 1 Indonesia, mereka cuma mampu memperoleh 13.012 mata sahaja.

Kutipan mata itu hanya mampu untuk memberikan mereka satu slot play-off ACL dan dua slot automatik Piala AFC.

Berikut adalah kedudukan penuh liga-liga Asia Tenggara dalam AFC Club Competitions Ranking:

  1. Liga Super (Malaysia) – 45.510 mata [no 4 zon Timur]
  2. V.League 1 (Vietnam) – 43.905 mata [no 5 zon Timur]
  3. Thai League 1 (Thailand) – 36.588 mata [no 6 zon Timur]
  4. Singapore Premier League (Singapura) – 20.429 mata [no 8 zon Timur]
  5. Liga 1 Indonesia (Indonesia) – 13.012 mata [no 11 zon Timur]
  6. Philippines Football League (Filipina) – 12.542 mata [no 12 zon Timur]
  7. Cambodian Premier League (Kemboja) – 5.012 mata [no 13 zon Timur]
  8. Myanmar National League (Myanmar) – 2.612 mata [no 15 zon Timur]
  9. Lao Premier League (Laos) – 0.544 mata [no 16 zon Timur]
  10. Copa FFTL (Timor Leste) – 0.000 mata [no 19 zon Timur]
  11. Brunei Super League (Brunei) – 0.000 mata [no 22 zon Timur]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN