Berbatov Ragu Pogba Akan Serasi Dengan Bruno Fernandes

Paul Pogba

Kehadiran Bruno Fernandes menyarung jersi Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu nyata telah menambah sengat skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu sebelum aksi liga di Eropah terpaksa ditangguhkan buat seketika akibat wabak COVID-19 yang sedang melanda.

Sejak bersama The Red Devils, Bruno Fernandes telah berjaya menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan jaringan serta telah mula memikat hati Solskjaer bagi menjadikannya sebagai sandaran di jentera tengah.

Dengan sumbangan berkesan yang ditampilkan pada ketika ini, mungkin ada peminat yang sudah mula memikirkan impak hebat bakal dijelmakan gandingan Fernandes bersama Paul Pogba jika pemain tengah kelahiran Perancis itu pulih sepenuhnya dari kecederaan dialaminya.

Namun, bagi bekas penyerang Machester United, Dimitar Berbatov, beliau masih ragu-ragu sumbangan yang dapat diberikan sekiranya kedua-dua pemain tengah tersebut digandingkan oleh Solskjaer.

”Saya tidak tahu jika Fernandes dan Pogba boleh bermain bersama.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 10: Bruno Fernandes of Manchester United is Presented with the Premier League Player of the Month for February at Aon Training Complex on March 10, 2020 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images for Premier League)

”Fernandes pantas menjadi pemain yang berpengaruh untuk United. Saya sangat gembira dan kagum melihat dia mudah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dalam masa yang cukup singkat.”

”Rakan sepasukannya akan mencarinya ketika dia bersama bola kerana mereka tahu dia boleh untuk mencipta ‘magic’. Dia kelihatan gembira beraksi bersama United. Saya mengharapkan dia akan meneruskan persembahannya,” ujar Berbatov menurut laporan Sport Bible.

”Sebagai peminat Paul Pogba, saya mahu dia kekal di United, saya merasakan itu adalah yang terbaik buatnya tetapi saya ingin tahu bagaimana dia mahu bergandingan bersama-sama Fernandes.”

”Mereka merupakan pemain dengan ciri-ciri yang sama, kedua-duanya cukup pintar untuk memikirkan tiga langkah ke depan apabila mereka mempunyai bola.”

”Kadangkala pemain bola sepak terlalu mirip untuk bermain bersama. Tetapi saya mengharapkan ia tidak berlaku di sini (Manchester United) kerana, dengan Fernandes dan Pogba di posisi tengah, United boleh menjadi pasukan yang mampu mengejutkan lawan pada musim depan atau lebih awal lagi.’

Kredit featured images: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain mengenai Bruno Fernandes:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN