Solskjaer Ibaratkan Bruno Fernandes Campuran Antara Scholes Dan Veron

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah melabel pemain baharu mereka, Bruno Fernandes sebagai separuh Paul Scholes dan separuh Juan Sebastian Veron.

Fernandes menjaringkan gol pertama beliau untuk United sejak perpindahan £47 juta beliau dari Sporting Lisbon bulan lalu.

Beliau menjaringkan gol dari titik penalti dalam kemenangan 3-0 Man United ke atas Watford.

Dua lagi gol United adalah menerusi Anthony Martial dan juga Mason Greenwood.

Bruno Fernandes melakukan assist kepada Greenwood dan mencipta peluang gol untuk Martial.

Menjadikan beliau pemain terbaik perlawanan, berdasarkan undian peminat Man united.

Ole Gunnar Solskjaer berkata: “Bruno Fernandes adalah edikit campuran antara Sholes dan Veron – perangai beliau persis Veron dan kualiti beliau lebih mirip Scholesy,” kata Solskjaer.

Scholes menjaringkan 155 gol untuk United dalam 716 perlawanan, sementara bintang Argentina Veron, bermain 82 perlawanan untuk kelab itu selepas menandatangani kontrak £28 juta pada 2001.

“Para peminat kami sudah terbiasa melihat pemain dengan personaliti, mentaliti dan kualiti itu,” tambah Solskjaer.

“Sekarang ini, kami telah berjaya memperbaiki kedudukan kami dari tangga kesepuluh. Fernandes adalah sebahagian besar daripada apa yang kita cuba laksanakan.”

“Berdasarkan keadaan pasaran hari ini, saya fikir kami telah mendapat ‘deal’ yang terbaik [dengan kejayaan membawa Fernandes].”

Kemenangan ke atas Watford pada aksi Ahad lalu membolehkan Man United naik ke tangga kelima di dalam carta liga.

Mereka hanya 3 mata dibezakan dari pasukan di tangga ke-4, Chelsea.

United mahu menamatkan saingan musim ini di empat teratas untuk membolehkan mereka kembali beraksi di Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Jika Man City gagal di dalam rayuan mereka di CAS selepas ini, kedudukan di tangga kelima sudah boleh untuk membantu Manchester United mara ke UCL.

Leave a Reply