Berang ‘Wasitnya Curang’, Barcelona Mahu Buat Laporan Kepada UEFA

Barcelona

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez mahu melakukan aduan rasmi kepada UEFA selepas persembahan pengadil yang cukup mengecewakan pihaknya tewas ditangan Inter Milan semalam.

Kekalahan di Itali hasil jaringan Hakan Calhanoglu telah meletakkan Barcelona pada tangga ketiga dibelakang Inter dan Bayern Munich.

Xavi didapati begitu berang dengan persembahan pengadil Slavko Vincic yang menafikan dua kali pasukannya untuk mendapatkan penalti.

Situasi pertama adalah ketika Denzel Dumfries sebenarnya memegang bola dengan tangan di dalam kotak penalti namun begitu ianya tidak diendahkan pengadil.

Selain itu, terdapat juga insiden dimana Robert Lewandowski selepas pemain itu telah ditolak dalam kotak penalti.

Xavi jelas sekali berang kerana terdapat bukti ketara yang penalti itu sepatutnya perlu diberikan terutamanya melibatkan Dumfries.

Malah, pengendali itu jelas sekali berang dan ianya dilepaskan kepada wartawan selepas perlawanan.

“Saya cukup berang dengan situasi yang kami terpaksa hadapi,

“Ianya tidak adil, saya sudah katakan semalam yang pengadil perlu bercakap kerana saya tak faham apa-apa. Pengadil tidak mahu berikan saya sebarang penjelasan semasa tamat perlawanan,” kata Xavi.

Kami tak mahu dia

Susulan kekalahan tersebut, Barcelona mahu melancarkan aduan rasmi kepada UEFA mengenai prestasi buruk pengadil perlawanan.

Dalam aduan tersebut, Barcelona dijangka akan menyediakan bukti-bukti yang mengatakan pengadil perlawanan tidak berlaku adil kepada mereka selain daripada dua insiden penalti yang dinafikan itu.

Hal ini kerana, terdapat juga keputusan-keputusan pengadil yang meragukan kerana tiada tindakan diambil ketika Calhanoglu melakukan cabaran dengan kaki tinggi terhadap Sergio Busquets.

Malah, mereka juga tidak mahu lagi pengadil VAR, Pol van Boekel untuk tidak mengadili lagi perlawanan-perlawanan melibatkan Barcelona lagi selepas ini.

Barcelona kini telah mencatatkan dua kekalahan dengan mereka menduduki tangga ketiga kumpulan.

Jika mereka meneruskan rentak sumbang ini, sekali lagi mereka berpotensi akan beraksi dalam Europa League pada musim ini.

Sumber:

Leave a Reply