Bekas Pengurus Yakin Bruno Fernandes Mampu Bergelar Kapten Man Utd

Bruno Fernandes
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Bekas pengurus Udinese, Andrea Stramaccioni yakin bahawa kualiti dimiliki bekas anak didiknya, Bruno Fernandes yang kini merupakan bintang di Manchester United mampu untuk bergelar kapten bagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Fernandes pernah mendapat tunjuk ajar Stramaccioni selama semusim ketika pengurus tersebut membimbing Udinese pada musim 2014/15.

Walaupun hanya semusim bersama, Stramaccioni melihat pemain kelahiran Portugal itu mempunyai ciri-ciri hebat dalam menjadikannya sebagai seorang pemimpin buat The Red Devils.

Fernandes dalam pada itu juga sudah menunjukkan kehebatannya dalam menjadi tunjang kepada kebangkitan Manchester United sebaik sahaja beliau menyertai kelab tersebut pada 29 Januari 2020.

”Bruno merupakan seorang ‘budak’ yang baik. Dia seorang yang bekerja keras dan begitu positif,” ujar Stramaccioni menurut laporan Goal.

”Ketika kami berdua berada di Udinese, dia bekerja dengan keras dan segala pendekatannya sentiasa positif.”

”Dia pasti boleh menjadi ketua pasukan buat Manchester United, dia merupakan seorang pemain yang begitu dipercayai. Dia disayangi oleh para peminat, dihormati oleh rakan sepasukan dan juga pemain pasukan lawan.”

”Menjadi ketua pasukan Manchester United adalah sesuatu yang sangat penting buatnya. Saya berharap dia akan menjadi ketua pasukan.”

”Saya merasakan pada ketika ini tidak perlu untuk berfikir tentang perkara tersebut. Dia hanya perlu untuk memikirkan tentang mengekalkan persembahannya di tahap tertinggi seperti yang dilakukannya.”

”Dan langkah demi langkah dia akan mendapatkan mendapatkan penghormatan daripada orang sekelilingnya, iaitu media, penyokong dan terus mengekalkan aksi di tahap tertinggi,” tambah Stramaccioni lagi.

Kredit featured image: James Williamson – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bruno Fernandes:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN