Bagaimana Formasi 4-4-2 Diamond Berfungsi

Sumber: NFDP
Sumber: NFDP

Dalam NFDP, pemain akan dilatih untuk bermain dalam dua formasi iaitu 4-4-2 Diamond dan 4-5-1. Kami akan fokus bagaimana formasi 4-4-2 Diamond berfungsi dan mengapa Lim Teong Kim memilih dua formasi ini dalam program NFDP.

Formasi 4-4-2 Diamond

432px-Association_football_4-4-2_diamond_formation.svg

Formasi ini dipopularkan oleh Carlo Ancelotti semasa AC Milan mempunyai lambakan pemain tengah hebat seperti Andrea Pirlo, Rui Costa, Clarence Seedorf, Kaka, Massimo Ambrosini dan Gennaro Gattuso yang memenangi Champions League edisi tahun 2003.

Kelebihan:

1. Formasi ini membolehkan pasukan mendominasi bahagian tengah. Menentang apa-apa juga formasi, midfield tengah pasukan ini akan mempunyai kelebihan pemain. Menentang 4-4-2 biasa, situasi 4v2 berlaku di tengah padang. Menentang 4-3-3. situasi 4v3 pula berlaku ditengah padang.

(Sumber: FourFourTwo)
(Sumber: FourFourTwo)

2. Sesuai dimainkan jika pasukan tiada winger yang laju dan berteknikal. Jika ada, pemain tersebut boleh dilatih untuk bermain di belakang dua penyerang, sebagaimana yang dilakukan kepada Raheem Sterling oleh Brendan Rodgers. Prestasi Stewart Downing juga meningkat naik di West Ham selepas bermain di belakang dua penyerang.

(Ian Walton/Getty Images)
(Ian Walton/Getty Images)

3. Formasi ini mengurangkan kebergantungan terhadap pemain-pemain sayap yang struggle untuk bermain di padang yang sempit. Formasi ini menyerlah di padang luas dan sempit. Sebaliknya, dalam formasi 4-2-3-1 dan 4-3-3, winger akan tenggelam permainannya jika mereka bermain di padang yang sempit seperti di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kekurangan:

1. Menentang 4-4-2 dan 4-3-3/4-2-3-1, formasi ini akan mencipta situasi 2v1 di bahagian sayap. Jika wingback tidak dibantu, kejadian MK Dons 4-0 Man United akan berulang. Tetapi Liverpool menyelesaikan masalah ini dengan menggerakkan diamond-nya ke kiri dan ke kanan.

Liverpool vs Opposition - Football tactics and formations

Ini merupakan cara Brendan Rodgers menutup kelemahan formasi 4-4-2 Diamond. Jika diserang di kiri, beliau akan menyuruh Alberto Moreno/Jose Enrique rapat dengan winger kanan dan Joe Allen/Jordan Henderson rapat dengan fullback kanan.

Tetapi bagi Louis van Gaal, caranya berlainan dan lebih attacking-minded.

Man United vs opposition - Football tactics and formations

Louis van Gaal akan mengarahkan Luke Shaw/Marco Rojo/Saidy Janko untuk rapat dengan fullback kanan, dan Johnny Evans, Marco Rojo/Tyler Blackett rapat dengan winger kanan pasukan lawan. Danny Blind akan duduk sebaris dengan pertahanan tengah ketika Man United diserang.

Apapun caranya, kami masih merasakan 4-4-2 Diamond adalah taktik bagus jika kita mahu menerapkan permainan yang berkisarkan passing dan usaha bersama pasukan – bukannya gelecekan dan bakat individu. Cuma padang stadium di seluruh Malaysia perlu berada pada kondisi yang terbaik untuk menerapkan corak permainan ini.

Apakah ciri-ciri pemain yang NFDP perlukan dalam 4-4-2 Diamond?

Sumber: NFDP
Sumber: NFDP

Goalkeeper

Dalam formasi ini, pasukan lawan akan lebih menumpukan usaha mereka untuk menyerang dari zon sayap. Jadi, banyak crosses akan dilancarkan dari sayap kiri dan kanan. Penjaga gol perlu cekap mengendalikan crosses dan memberi arahan kepada pertahanan tengahnya.

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Wingback

Inilah pemain yang paling penting dalam sistem ini. Staminanya perlu tinggi dan tahu menyerang dan juga bertahan. Pemain tempatan seperti Mahali Jasuli adalah pemain yang sempurna dalam posisi ini. Pemain yang bermain dalam posisi ini perlu menjadikan Cafu dan Serginho sebagai idola.

Kredit
Kredit: Daily Mail UK

Central Defense

Perlu pandai mengeluarkan crosses dari kotak penalti mereka. Mereka tidak perlu menjadi tinggi untuk mengeluarkan crosses. Pemain seperti Fabio Cannavaro, Franco Baresi, Paul Parker, Carles Puyol, Nicolas Otamendi, Gary Medel dan Ivan Cordoba boleh dijadikan sebagai rujukan.

Sumber: USA Today
Sumber: USA Today

Defensive midfielder

Bagi kami, pemain di posisi ini perlu bermain sebagai regista seperti Andrea Pirlo di AC Milan ,Steven Gerrard di Liverpool atau Xabi Alonso di Bayern Munich, bukannya sebagai hard-tackling midfielder. Pemain di posisi ini mesti berkebolehan untuk memberi hantaran Hollywood kepada dua penyerang di atas untuk memulakan serangan pantas.

Kredit: Goal.com
Kredit: Goal.com

Midfielder (inside right/inside left)

Bagi kami, pemain yang sesuai mengisi posisi ini adalah box-to-box midfielder acuan Jordan Henderson, Aaron Ramsey, Gokhan Inler, Blaise Matuidi atau Paul Pogba. Tetapi di Manchester United, pemain yang mengisi posisi ini adalah Andres Hererra dan Angel di Maria. Pemain di posisi ini bertanggungjawab menghubungkan wing back mereka dengan keseluruhan pasukan. Jika wing back dirogol oleh winger dan full back pasukan lawan, orang pertama yang perlu bertanggungjawab adalah pemain posisi ini.

Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK

Offensive midfielder

Pemain yang mengisi posisi ni perlu bertindak sebagai trequartista. Jika anda tidak tahu bagaimana dan apa yang trequartista lakukan, lihat apa yang Raheem Sterling lakukan di Liverpool (semasa Liverpool bermain 4-4-2 Diamond), Kaka (AC Milan tahun 2003-2005), Francesco Totti (AS Roma sekarang) dan Juan Roman Riquelme (Villareal, Boca Juniors, Argentina, Barcelona). Mereka bukan midfielder dan bukan penyerang. Mereka adalah 50% midfielder dan 50% penyerang.

Sumber: Taringa!
Sumber: Taringa!

Forward

Bagi kami, penyerang yang berbadan besar dan tidak laju seperti Olivier Giroud (Arsenal), Rickie Lambert (Liverpool), Jan Koller (Sparta Prague dan Borussia Dortmund) tidak sesuai bermain dalam posisi dan formasi ini. Ini menguntungkan Malaysia kerana:

  1. kita jarang menghasilkan pemain sebegini dan
  2. penyerang tempatan acuan sebegini seperti Izzaq Faris memang hancur tekniknya.
Sumber: The Star
Sumber: The Star

Formasi ini lebih memerlukan dua penyerang yang laju dan boleh menggelecek sehebat pemain sayap. Kemahiran menggelecek ini penting kerana semasa pasukan hilang bola, dua penyerang ini perlu menunggu bola di ruang yang dikosongkan oleh fullback lawan di sebelah kiri dan kanan. Selepas menerima bola mereka perlu terus membawa bola (in direct fashion) dan menewaskan pertahanan tengah untuk mencipta peluang gol – sebagaimana yang Luis Suarez dan Daniel Sturridge lakukan pada musim 2013/2014.

Sumber: Daily Vedas
Sumber: Daily Vedas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN