10 tahun lepas, agak pelik sebenarnya bila orang akan cakap Liverpool dan Chelsea akan menjadi musuh ketat. Kedua-dua kelab berasal dari bandar yang berlainan dan mereke sudah mempunyai musuh tradisi masing-masing.
Pada tahun 2003, walaupun Chelsea mengalahkan Liverpool 2-1 untuk merampas slot terakhir Champions League, penyokong kedua-dua kelab memberi tepukan gemuruh kepada Gianfranco Zola yang bermain buat kali terakhir untuk Chelsea.
2 tahun berikutnya, semuanya berubah. Roman Abramovich mengambil alih dan mengepam duit bisnes minyaknya ke Chelsea. Pada tahun 2004, Jose Mourinho dan Fara Benitez (saya memang sengaja haha!) datang ke England buat pertama kali. Dua individu inilah yang memulakan perseteruan baru antara kelab Merseyside dan kelab London.
Kita akan imbas 5 perlawanan klasik yang mewarnai permusuhan antara Liverpool dan Chelsea.
Chelsea 3-2 Liverpool, League Cup Final (27 Februari 2005)
Jose Mourinho merangkul trofi pertamanya di Chelsea dalam perlawanan tegang ini. Dalam perlawanan tersebut, penyokong Liverpool mencatatkan tahap kebisingan rekod 130.7 dB.
Pada minit 79′, Mourinho merasmikan permusushan Liverpool-Chelsea dengan memberi isyarat ‘shhh….!’ dengan jarinya di hadapan penyokong Liverpool selepas Steven Gerrard menjaringkan gol sendiri. Macam gampang, haha!
Liverpool 1-0 Chelsea, Champions League Semi Final 2nd Leg (3 May 2005)
Penyokong Liverpool yang marah dengan provokasi Mourinho semasa final League Cup tidak perlu menunggu lama untuk membalas dendam.
65 hari selepas kejadian tersebut, Chelsea disingkirkan dari Champions League oleh ‘gol hantu’ Luis Garcia. Selepas perlawanan pertama di Stamford Bridge berakhir 0-0, Liverpool hanya mengambil masa 4 minit untuk menjaringkan gol di Anfield. Persoalannya, betulkah gol Luis Garcia melintasi garisan gol?
Pengadil Lubos Michel memberikan gol kepada Liverpool atas nasihat pembantu pengadilnya. Menurut Lubos Michel, jika pembantu pengadilnya tidak memberikan gol kepada Liverpool pun, beliau tetap akan menghadiahkan penalti kepada mereka selepas Petr Cech menjatuhkan Milan Baros (ingat lagi tak?).
Dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Mourinho memanggil gol Luis Garcia sebagai ‘gol hantu’ dan ‘datang dari bulan’ dalam bahasa Inggeris yang pelat. Haha!
Liverpool mara ke final menentang AC Milan dan muncul juara Eropah dalam final yang epik.
Liverpool 1-0 Chelsea, Champions League Semi Final 2nd Leg (1 May 2007)
Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di Champions League buat kali ke-5 berturut-turut bermula pada 2005. Dalam perlawanan ini, Chelsea mendahului 1-0 pada perlawanan pertama di Stamford Bridge hasil jaringan Joe Cole.
Di Anfield, Daniel Agger menyamakan kedudukan agregat 1-1.
Dirk Kunyit (haha sengaja lagi!) berpeluang menamatkan perlawanan lebih awal apabila golnya pada minit 100′ dibatalkan dan peluang one-on-one berhadapan Petr Cech berakhir dengan rembatan lemah terus ke dakapan Cech pada minit 119′.
Dalam penentuan sepakan penalti, Kuyt muncul hero apabila menjaringkan penalti kemenangan Liverpool selepas sepakan penalti Robben dan Geremi mengecewakan Chelsea.
Chelsea 4-4 Liverpool, Champions League Semi Final 2nd Leg (14 April 2009)
Ini adalah perlawanan yang sukar kami lupakan. Perlawanan ini penuh dengan kata-kata carutan oleh kedua-dua penyokong.
Kali ini Chelsea dibawah bimbingan Guus Hiddink.
Selepas menang 3-1 di Anfield, Chelsea menjadi hos untuk perlawanan kedua. Tetapi alangkah terkejutnya Chelsea apabila Liverpool menamatkan separuh masa pertama di Stamford Bridge 0-2 hasil jaringan Fabio Aurelio dan Xabi Alonso. Agregat terikat 3-3 dan memihak Liverpool.
Pada separuh masa kedua, Chelsea bagai dirasuk hantu. Didier Drogba, Alex (free kick yang thunderous yang merited holy shit exclaim) dan Frank Lampard dalam masa 15 minit memastikan Chelsea mendahului agregat 6-3.
Kemudian, giliran Liverpool pula dirasuk hantu apabila Dirk Kuyt dan Lucas menjaringkan 2 gol dalam masa 2 minit (gila babi ah!). Agregat berubah 6-5 dan Liverpool menyerang habis-habisan. Chelsea bertahan dan mengharapkan peluang counter attack. Hasilnya Frank Lampard mematikan sisa-sisa harapan Liverpool dengan gol keduanya, menjadikan agregat 7-5.
http://www.youtube.com/watch?v=_hJv2j_YpK8
Liverpool 0-2 Chelsea, Premier League (27 April 2014)
Selepas mengalahkan Man City 3-2, perlawanan ini dikatakan halangan terakhir Liverpool untuk menang liga (walaupun Crystal Palace membuktikan pendapat ini salah). Ketika ini rekod Chelsea di luar Stamford Bridge agak teruk. Ramai menyangka Liverpool akan mengalahkan Chelsea.
Tetapi mereka lupa anak buah Mourinho gemar bermain di perlawanan besar.
Liverpool hanya perlu seri tetapi itu bukanlah prinsip Brendan Rodgers. Liverpool menyerang dengan penuh berseni tetapi dipatahkan satu-satu oleh ‘dua bas yang diparkir’ oleh Jose Mourinho.
http://www.youtube.com/watch?v=NQO99pjfefE
Kemudian di saat-saat yang mungkin sudah ditakdirkan oleh Tuhan, Steven Gerrard pula tergelincir dan menghadiahkan bola kepada Demba Ba yang seterusnya menjaringkan gol. Liverpool cekal menyerang lagi selepas itu tetapi kealpaan pertahanan mereka dihukum oleh gol counter attack oleh Willian. Siapa cakap hidup ini adil? Haha!