Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Apa Masalahnya Dengan Manchester United Sekarang?

Kredit: Daily Mail UK

Kredit: Daily Mail UK

Semasa press conference pertama bersama Man Utd, Louis van Gaal berterus-terang Man Utd akan bermain dengan dua sistem pada musim ini.

3-4-1-2 dan 4-3-3.

Dalam sistem 3-4-1-2, mereka mempunyai 3 pemain yang kerja mereka hanyalah bertahan. Mereka tidak dibenarkan untuk naik menyerang ketika open play. Dan jika mereka menentang pasukan yang menggunakan seorang striker, situasi 3v1 berpihak kepada Utd. Jika mereka menentang pasukan yang menggunakan dua striker (Man City, Leicester, QPR, Burnley) situasi 3v2 pun masih berpihak kepada Utd.

Cuma kelemahan ketara sistem ini adalah di bahagian wing back.

Dalam sistem ini, hanya wing backs yang akan berada di bahagian sayap (hanya 2 pemain). Manakala, dalam sistem 4-4-2, 4-3-3, 4-2-3-1 mereka mempunyai 4 pemain yang beroperasi di bahagian sayap.

=====================================================

Dalam perlawanan menentang MK Dons semalam, Man Utd bernasib baik apabila pengadil tidak menghadiahkan penalti (min 49′)kepada MK Dons selepas bola terang-terang terkena tangan Johnny Evans. Semua ini berpunca selepas hantaran bola ke Saidy Janko (right WB) dipintas.

Mengapa hantaran itu dipintas? Kerana Saidy Janko sudah pun dikawal ketat left back MK Dons, Dean Lewington.

Gol kedua MK Dons terhasil kerana high defensive line dan kesilapan Michael Keane.

Gol ketiga MK Dons terhasil selepas Reece James (left WB) kehilangan bola selepas dikepung dua pemain MK Dons. Inilah situasi 2v1 yang dibincangkan tadi.

Gol keempat MK Dons adalah gabungan kesilapan Marnick Vermijl dan defensive line tinggi yang diminta oleh van Gaal.

Boleh kata hampir semua peluang gol MK Dons terhasil dari situasi 2v1 di bahagian sayap Utd dan arahan taktikal van Gaal yang mahu Utd bermain high defensive line.

Kredit: Daily Mail UK

Kredit: Daily Mail UK

====================================================

Sekarang, mengapa van Gaal berkeras mahu main high defensive line?

1. LVG mahu wingback nya bermain sebagai wide midfielder, bukan wide defender.
2. LVG mahu Mata/Kagawa/Andreas Pereira bermain sebagai central attacking midfielder, bukannya central midfielder.
3. LVG mahu bola cepat-cepat dirampas oleh pemainnya di bahagian tengah jika mereka tidak memegang bola.

Sistem ini ada kelebihannya, cuma pemain Utd nampak vulnerable apabila pasukan lawan mempunyai winger yang rajin melakukan kerja defensif dan fullback yang boleh merantai wingback mereka.

Apabila pemain muda Utd melakukan kesilapan, ramai yang menyalahkan pemain tersebut kerana kurang kelayakan untuk bermain dalam first team, tetapi adakah anda pernah terfikir MENGAPA dan BAGAIMANA mereka boleh terdedah untuk melakukan kesilapan?

Disinilah van Gaal perlu bertanggungjawab atas strategi taktikal pasukannya yang banyak mendedahkan pemainnya kepada bahaya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!