Bolehkah Malaysia Bermain Seperti Barcelona Pada Satu Hari Nanti?

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel ini: BAGAIMANA BEKAS JURULATIH AKADEMI BAYERN MUNICH MENYELAMATKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Dalam artikel ini, kita akan memahami dengan lebih lanjut tentang falsafah bola sepak yang mahu diterapkan oleh NFDP kepada pemain muda negara. NFDP memanggil falsafah ini sebagai – DNA bolasepak Malaysia.

Kami akan cuba menterjemahkan apa sebenarnya DNA bolasepak yang mahu diterapkan dalam bahasa yang mudah supaya anda tahu corak permainan yang bakal pemain kita akan mainkan selepas mereka keluar dari NFDP.

Sumber: Pelan Pembangunan BolaSepak Negara
Sumber: Pelan Pembangunan BolaSepak Negara

1. Mengamalkan corak permainan agresif dan asakan dinamik dengan mendominasi pasukan lawan bagi menguasai permainan

Corak permainan agresif di sini bukanlah  bermaksud menerajang kaki orang dan menyiku muka orang. ‘Corak permainan agresif dan asakan dinamik’ adalah kerja menutup ruang lawan dengan pantas sebaik sahaja pemain kita hilang bola.

Ini bermakna, sebaik sahaja pemain kita hilang bola – pemain paling dekat dengan bola perlu terus menutup ruang lawan yang memegang bola untuk:

    1. merampas bola secara tackle…
    2. …. atau merampas bola dengan memaksa pemain lawan melakukan kesilapan.

Falsafah ini boleh diamalkan semasa Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola. Contoh falsafah ini boleh dilihat dalam perlawanan Atletico Madrid menentang Barcelona dalam video di bawah. Perhatikan bagaimana pemain Barcelona merampas bola. Itulah yang cuba diterapkan oleh Lee Tiong Kim kepada pemain muda Malaysia.

Perhatikan juga bagaimana asakan agresif dari Alexis Sanchez menghasilkan dua gol penting buat Arsenal dalam perlawanan menentang Sunderland. Gol pertama Alexis hadir apabila asakannya memaksa Wes Brown melakukan kesilapan.

Gol kedua pula hadir apabila Alexis mengasak Mannone sehingga memaksa Mannone membuat kesilapan budak sekolah.

2. Gaya serangan yang menarik dan dinamik, bercorakkan permainan kreatif serta gabungan hantaran pendek dan jauh berteraskan kemahiran individu yang tinggi.

Hantaran pendek mungkin membolehkan pasukan memegang bola lebih lama tetapi ia menyebabkan tempo serangan menjadi lembab dan mudah dipatahkan. Hantaran jauh mungkin membuatkan pasukan hilang bola selalu tetapi ia meningkatkan tempo serangan menjadi laju.

Pemain yang bagus tahu bila ahli pasukannya memerlukan hantraran pendek dan bila masa beliau perlu membuat hantaran jauh terus ke penyerang. Dan pemain ini biasanya bergelar perancang atau ‘playmaker’.

Ini bermakna NFDP mahu melahirkan banyak perancang-perancang yang akan merencanakan serangan pasukan dan menentukan tempo permainan pasukan. Perancang boleh bermain di posisi defensif (Andrea Pirlo, Marco Veratti, Xabi Alonso atau Toni Kroos) dan di posisi ofensif (David Silva, Mesut Ozil, Oscar atau Coutinho).

Perhatikan bagaimana playmaker seperti Xavi mengawal permainan dalam perlawanan menentang Atletico Madrid ini.

3. Serangan yang bermula dari penjaga gol dan pertahanan yang bermula dari barisan penyerang.

Kita mula dengan ‘serangan yang bermula dari penjaga gol’. Ia bermaksud di NFDP, penjaga gol tidak akan dibiasakan membuat goal kick panjang terus ke bahagian penyerang. Sebaliknya, penjaga gol mesti membiasakan diri memulakan permainan dengan passing kepada barisan pertahanannya. Sebagaimana yang dilakukan oleh Victor Valdes untuk Barcelona, Gorka Iraizoz untuk Athletic Bilbao (dilatih Marcelo Bielsa) atau Claudio Bravo untuk Chile (dilatih oleh Jorge Sampaoli).

Pertahanan yang bermula dari barisan penyerang’ pula lebih kurang maksudnya dengan nombor 1.  Sebaik sahaja pasukan kehilangan bola ketika menyerang, penyerang harus memulakan asakan dan menutup ruangnya memegang bola – supaya pertahanan membuat kesilapan. Brendan Rodgers selalu mengkritik Mario Balotelli kerana tidak mengamalkan falsafah ini. Begitu juga Jose Mourinho yang pernah mengkritik Eden Hazard atas sebab yang sama.

4. Corak permainan yang berintensiti tinggi dan tempo permainan yang pantas.

Dalam erti kata yang lain, NFDP mahu melahirkan pemain yang gemar melakukan serangan. Setiap kali  pemain memegang bola, mereka tidak boleh mengambil terlalu banyak masa untuk memegang bola. Pemain tengah perlu melajukan hantaran dari zon tengah ke zon sayap, dan pemain sayap perlu melajukan hantaran bola ke zon tengah sekiranya mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan gelecekan.

Contoh terbaik adalah gerakan pass-and-move yang dipopularkan oleh skuad the ‘Invincibles” Arsenal. Setiap pemain tahu ke ruang mana mereka harus bergerak dan di mana ahli-ahli pasukan yang lain.

Esok kami akan bincang tentang formasi 4-4-2 Diamond dan 4-5-1 yang Lim Teong Kim mahu terapkan kepada pemain muda negara kita.

Baca: Bagaimana Formasi 4-4-2 Diamond Berfungsi

Kredit gambar: thestar.com.my

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN