“Badan Kecil Tapi Hati Besar” – Nafuzi Puji Prestasi Cemerlang Faiz Nasir

Faiz Nasir Terengganu

Pengendali Terengganu, Nafuzi Zain memuji persembahan Faiz Nasir yang menjadi penjaring gol kemenangan pasukannya ketika menewaskan Sarawak United 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tempoh hari.

Jaringan pemain berusia 29 tahun itu pada minit ke-51 disifatkan sebagai gol yang cukup penting sebagai bekalan skuad Penyu untuk dibawa ke gelanggang lawan untuk aksi timbal balik selepas ini.

Nafuzi dalam sidang media selepas perlawanan jelas gembira dengan prestasi cemerlang Faiz sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini dan berharap pemain tersebut dapat terus konsisten dalam membantu pasukan.

Piala Malaysia: Rembatan Padu Faiz Nasir Hadiahkan Kelebihan Buat Terengganu

“Bagi saya, persembahan Faiz adalah yang terbaik di Piala Malaysia, saya harap dia boleh terus kekalkan persembahan sebegitu dalam perlawanan yang besar,” ujar Nafuzi.

“Faiz ini seorang pemain yang ada keyakinan tinggi walaupun badannya kecil namun hati besar, kalau boleh saya hendak 25 pemain lain seperti dia, ” katanya.

Bagaimanapun jurulatih berusia 43 tahun itu tidak mahu anak buahnya selesa kerana mereka hanya memiliki kelebihan tipis satu gol sahaja untuk dibawa ke perlawanan kedua di Stadium UiTM pada Khamis ini, apatah lagi pihak lawan turut memperoleh satu gol di tempat lawan.

Namun secara keseluruhan beliau sangat berpuas hati dengan persembahan pemain terutama beberapa pemain muda yang berjaya menangani tekanan sepanjang 90 minit di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Saya sudah jangkakan terhadap cara dan masalah yang kita hadapi bagi berdepan lawan seperti Sarawak tetapi bagi saya kedua-dua pasukan bermain bola sepak dengan baik selain mencipta banyak peluang,” tambahnya.

“Di akhirnya, kita menang 2-1 dan sangat berpuas hati malah ada pemain-pemain baharu yang jarang beraksi di Liga Super, mampu menyerap tekanan dalam perlawanan besar sebegini.

“Sarawak masih mempunyai peluang di pertemuan kedua kerana kedudukan 1-2 bukan satu keputusan yang selesa kepada kami selain faktor jaringan di tempat lawan, ” katanya.

Dalam perlawanan itu, Faisal Abdul Halim membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum disamakan Sarawak melalui gol sendiri oleh pertahanan, Shahrul Nizam Ros Hasni, lima minit kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN