Piala Malaysia: Rembatan Padu Faiz Nasir Hadiahkan Kelebihan Buat Terengganu

Piala Malaysia 2021

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 melibatkan Terengganu dan Sarawak United cukup menarik dengan kedua-dua pasukan mencari gol-gol penting untuk dibawa ke aksi timbal balik.

Niat untuk mendapatkan gol itu dijelmakan seawal mungkin apabila Faisal Halim meletakan Terengganu di depan pada minit ke-17.

Faisal bergerak ke dalam dari kawasan sayap lalu melepaskan rembatan padu untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Empat minit kemudian menyaksikan Sarawak United berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri pertahanan Shahrul Nizam.

Gerakan dari sebelah kiri disertakan dengan hantaran lintang yang baik telah memerangkap Shahrul yang kemudiannya tertanduk bola ke gawang sendiri.

Cabaran Sarawak di Gong Badak mengalami kesukaran apabila Sandro Da Silva terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan. Beliau kemudiannya digantikan oleh Abdul Rahim.

Separuh masa kedua menyaksikan usaha untuk mendapatkan gol diteruskan.

Usaha tuan rumah pada awal separuh masa kedua jelas membuahkan hasil apabila Faiz Nasir merembat padu bola untuk meletakkan mereka kembali di depan.

Terengganu turut mempunyai peluang menerusi Engku Shakir yang masuk sebagai pemain gantian tetapi percubaan beliau terkenal palang.

Kedua-dua pasukan terus berusaha untuk mendapatkan gol, namun begitu kedua-dua pasukan tidak berjaya menambah jaringan.

Secara keseluruhannya, Terengganu mempunyai sedikit kelebihan untuk dibawa ke perlawanan kedua selepasn ini.

Namun begitu, mereka tidak boleh leka kerana Sarawak mempunyai satu gol di tempat lawan yang mungkin akan memberikan kelebihan besar kepada mereka jika digunakan sebaiknya di laman sendiri kelak.

Keputusan penuh, Terengganu 2-1 Sarawak United.

Kesebelasan utama

Terengganu: Suhaimi Husin (penjaga gol), Azarul Nazarith, Argzim Redzovic (ketua pasukan), Shahrul Nizam, Arif Fadzilah, Dechi Marcel, Habib Haroon, Faiz Nasir, Rahmat Makasuf, Faisal Halim, Jordan Mintah

Sarawak United: Sharbinee Allawee (penjaga gol), Tommy Mawat, Khair Jones, Stuart Wark, Amer Saidin, S. Chanturu, Zahril Azri, Ashri Chuchu, Nur Shamie, Sandro Da Silva, Uche Agba (ketua pasukan)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN