2 Sebab Utama Piala AFF 2020 Tidak Akan Gunakan Teknologi VAR

Teknologi video bantuan pengadil (VAR) masih tidak akan digunakan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada 5 November hadapan.

Walaupun beberapa kejohanan utama bola sepak antarabangsa dunia lain sudah mengimplementasikan teknologi tersebut, Perseketuan Bola Sepak ASEAN (AFF) jelas tidak akan mengunakan teknologi tersebut untuk edisi penganjuran kali ini.

Menurut Setiausaha Bola Sepak Thailand, Patit Supaphong pertandingan itu belum layak untuk menggunakan teknologi tersebut berdasarkan beberapa sebab.

“Saya harus memastikan bahwa VAR tidak akan digunakan di Piala AFF 2020,” ujar Patit Supaphong dengan tegas seperti yang dipetik daripada akhbar thethao247.

Ada sebab menngapa Patit Suphaphong sanggup membantah penggunaan VAR buat masa ini.

Tiada pengadil berpengalaman

Salah satu daripada sebab tersebut ialah kerana tiadanya pengadil berpengalaman mencukupi untuk mengendalikan teknologi tersebut dari rantau ini.

Untuk rekod, di kalangan 10 negara ASEAN yang bertanding di kejohanan kali ini, hanya Thailand yang sudah menggunakan teknologi tersebut di liga domestik.

(Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP via Getty Images)

Indonesia pula sedang berkira-kira mahu menggunakan VAR mulai musim hadapan. Persatuan Bola Sepak MAlaysia (FAM) dalam satu sidang media bersama pengamal media pula semalam mengesahkan penggunaan VAR di Liga Malaysia masih di peringkat kajian.

Mengambil kira pegawai perlawanan yang ramai dan perlu melibatkan dari pelbagai negara, kemahiran pengadil dalam pengendalian VAR pada hari ini dilihat sebagai satu sebab mengapa teknologi tersebut masih tidak relevan.

Tempoh yang singkat

Sekiranya pengadil berkemahiran yang menjadi isu, AFF mungkin boleh mempertimbangkan pengendali dari negara luar seperti Australia untuk mengendalikan perlawanan.

Untuk rekod, kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 beberapa pengadil luar dari Australia, Jordan, Iran, Qatar dan Uzbekistan.

Walaupun sekiranya AFF mampu mengumpul sejumlah pengadil berpengalaman untuk mengendalikan VAR, ianya mustahil untuk peralatan dan aset yang diperlukan dipasang dalam tempoh masa yang singkat.

(Photo by Amphol Thongmueangluang/SOPA Images/LightRocket via Getty Images)

Sebelum ini pandemik yang melanda dunia menyebabkan penganjuran kejohanan ini yang sepatutnya diadakan pada 2020 terjejas.

Selepas beberapa kali ditangguhkan, undian peringkat kumpulan hanya dilakukan pada 21 September dengan pengumuman format pertandingan yang berbeza berbanding kejohanan edisi sebelumnya.

Singapura kemudiannya diumumkan sebagai tuan rumah pada 28 September yang lalu, dan dua venue yang menjadi pilihan pula (Stadium Nasional dan Stadium Bishan) hanya disahkan pada lewat Oktober.

Berdasarkanbaki tempoh hanya sebulan lebih sebelum kejohanan bermula, ianya agak mustahil untuk memastikan semua peralatan mampu dipasang dan diuji sebelum sepak mula.

Leave a Reply