Arturo Vidal: Saya Gembira Jika Pirlo Hubungi Saya

Arturo Vidal

Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal mengakui beliau gembira sekiranya bekas rakan sepasukannya yang kini bertindak selaku pengurus Juventus, Andrea Pirlo menghubungi untuk mendapatkan khidmatnya.

Vidal dan Pirlo dipancing oleh Antonio Conte pada musim 2011/12 yang mana kedua-dua pemain tersebut digandingkan di jentera tengah bersama Claudio Marchisio.

Sepanjang empat tahun beraksi bersama dalam satu pasukan, Vidal dan Pirlo telah mengecap nikmat selaku juara Serie A bagi empat musim berturut-turut serta menjuarai saingan Coppa Italia 2014/15.

Mereka kemudiannya meninggalkan Juventus pada musim yang sama [2014/15] apabila Vidal memilih untuk berhijrah ke Bayern Munich manakala Pirlo pula berkelana ke Amerika Syarikat untuk menyarung jersi New York City.

Kini selepas dua musim memperkuatkan skuad Barcelona, masa depan Vidal di Nou Camp seperti berada dalam ketidaktentuan.

Hal ini kerana pengendali baharu The Blaugrana, Ronald Koeman dikatakan mahu melakukan penstrukturan semula pasukan setelah kelab tersebut menamatkan musim 2019/20 tanpa sebarang piala.

Sehubungan dengan itu, Vidal tanpa berselindung nyata berbesar hati untuk kembali bersama dengan Andrea Pirlo jika khidmatnya diperlukan oleh Juventus.

”Dia begitu luar biasa ketika Pirlo beraksi, [tetapi] bayangkan pula dia sebagai seorang jurulatih.”

”Jika dia atau Juventus menghubungi saya, saya sangat gembira, ujar Vidal menurut laporan Goal.

”Sekiranya ia berlaku, ia tetap akan berlaku. Saya mempunyai banyak kenangan bersama Juventus dan Andrea [Pirlo].”

Kredit featured image: NurPhoto/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel yang lain dari kami mengenai Arturo Vidal:

Leave a Reply