Arturo Vidal: Sukar Untuk Beraksi Tanpa Penyokong Barcelona

Arturo Vidal

Pemain tengah Barcelona, Arturo Vidal tanpa berselindung mengakui beliau begitu bergelut untuk beraksi di stadium kosong tanpa kehadiran penyokong setia The Blaugrana.

Tanpa sorakan penyokong yang sebelum ini sentiasa menjadi tonik berguna buat para pemain, Vidal merasakan amat sukar untuk memberikan tumpuan terhadap permainan dengan persekitaran ‘senyap’ tidak seperti kebiasaan.

Vidal juga mengatakan motivasinya untuk melangkah ke padang sedikit berkurangan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk kembali beraksi.

Selepas mengharungi tiga perlawanan sebaik sahaja aksi La Liga kembali bersambung, Barcelona berjaya mencatatkan kemenangan bertemu Real Mallorca dan Leganes manakala terikat tanpa jaringan ketika berkunjung ke Ramon Sanchez Pizjuan menentang Sevilla.

”Ia pelik dan rumit, dari perkara yang harus kami lakukan sebelum perlawanan hingga ke protokol tetap, kerana itu adalah perkara yang tidak dapat anda bayangkan sebelum ini.”

”Orang ramai memberikan perasaan yang tidak kita miliki sekarang bahkah sebelum kami sampai ke stadium. Sekarang suasana sudah berubah sepenuhnya.”

”Anda tidak mempunyai motivasi para penyokong anda dan ia sangat sukar untuk memberikan fokus atau mahu turun ke padang.”

”Bola sepak adalah berkaitan suasana yang diciptkan oleh para penyokongnya,” ujar Arturo Vidal menurut laporan dikeluarkan Goal.

Dalam perkembangan lain, keputusan seri tanpa jaringan dicatatkan Barcelona ketika bertemu Sevilla membolehkan Real Madrid merampas kembali kedudukan teratas saingan La Liga meskipun kedua-dua pasukan terikat dengan 65 mata.

Amat menarik untuk disaksikan persaingan hebat dua kelab gergasi La Liga ini bagi merebut mahkota kejuaraan musim 2019/20.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arturo Vidal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN