Vidal Mahu Menang Semua Kejuaraan Bersama Barcelona

Pemain baharu Barcelona, Arturo Vidal jelas tidak sabar lagi untuk beraksi bersama Lionel Messi, Sergio Busquets dan juga Luis Suarez yang disifatkan beliau sebagai pemain terbaik dunia.

Dalam majlis memperkenalkan diri beliau sebagai pemain baharu Barcelona, Vidal mendedahkan dirinya cukup gembira untuk dapat beraksi dengan sebuah kelab yang terbaik di dunia ini.

Menurut laman Sky Sports, Vidal jelas bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan baharunya.

Malah beliau bercita-cita untuk memenangi kejuaraan Eropah bersama kelab tersebut.

“Gembira. Secara jujurnya, saya sangat gembira.”

“Saya teruja untuk memulakan latihan dengan rakan sepasukan baharu saya dan menyarung jersi yang masyhur ini dan melakukan perkara penting di sini.”

Vidal memberikan isyarat mahu menguasai bola sepak Sepanyol dan juga Eropah bersama Barcelona.

Vidal yang mempunyai kontrak selama 3 tahun bersama kelab tersebut menyatakan beliau mahu memenangi semua kejuaraan yang disertai oleh Barcelona.

“Menang segalanya. Dalam tempoh kontrak 3 tahun saya, saya harap saya boleh menang semua kejuaraan yang disertai kami.”

“Ianya adalah satu impian. Saya harap saya dapat kecapi objektif saya di sini.”

“Saya di sini mahu memenangi semua piala yang ada dan berikan yang terbaik di atas padang.”

Gambar: FC Barcelona

Vidal menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan sebanyak £32 juta.

Pembelian beliau menggantikan Paulinho yang kembali ke kelab China – Guangzhou Evergrande.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN