Mikel Arteta menegaskan yang Arsenal masih berpotensi untuk menjulang gelaran Premier League musim ini walau mereka baru sahaja diaibkan oleh Manchester City dengan keputusan 4-1.
Manchester City berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dahsyat ketika menewaskan Arsenal di Etihad awal pagi tadi.
Kemenangan itu berjaya membawa mereka untuk dua mata sahaja dibelakang Gunners yang sedang mendahului carta saingan liga, dengan The Citizens kini masih berkelebihan dua perlawanan yang belum dimainkan.
🗣️| Mikel Arteta: “The stats said at the start of the season that Arsenal were going to finish sixth or seventh. We are where we are with five games to go. Those players deserve a lot of credit, to be where we are after nine and a half months.
“There are still five games to… pic.twitter.com/F2OpvmC90l
— Arsenal Buzz (@ArsenalBuzzCom) April 26, 2023
Kevin de Bruyne membuka tirai jaringan untuk Man City dalam perlawanan ini pada minit ke-7 permainan sebelum John Stones menggandakan kedudukan pada akhir-akhir aksi babak pertama.
Masuk aksi babak kedua permainan, Kevin de Bruyne berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya, seterusnya membantu City mendahului Arsenal dengan keputusan 3-0.
Rob Holding kemudiannya meledak gol saguhati untuk Arsenal pada minit ke-86 permainan sebelum Erling Haaland menutup perlawanan ini dengan menjaringkan gol ke-49 beliau pada musim ini pada masa kecederaan permainan.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Arteta jelas sekali sangat kecewa dengan kekalahan tersebut, namun beliau tetap menegaskan yang skuadnya masih berpotensi untuk menjulang gelaran liga musim ini.
🗣️| Mikel Arteta on what the lesson from the defeat to Man City is:
⁰“Just to accept the reality – that’s the best way to move forward. Accept that today they were better than us, that they deserved to win the game, that we never had a chance to win the game and that we have to… pic.twitter.com/ZJBJcvBKaW— Arsenal Buzz (@ArsenalBuzzCom) April 26, 2023
“Hari yang sangat sukar terutama selepas melihat cara bagaimana kami kalah, tapi kami perlu bangkit dan melihat gambaran yang lebih besar serta fakta nyata yang kami sedang bersaing rapat dengan skuad ini (Man City), ia sangat menakjubkan.”
Jelas Arteta kepada BT Sport.
“Kami mahu terus bersaing dan kami tidak akan menyerah.”
“Masih ada lima perlawanan untuk dilalui dan semuanya boleh berlaku. Saya dah lihat banyak hal yang berlaku dalam tempoh lebih 20 tahun ini dan kamu perlu percaya itu.”
“Malam ini ia sangat sukar untuk dilakukan, tapi kita perlu lihat cermin dan terima yang kita kalah kepada pasukan yang menakjubkan dan itu lah tahap mereka.”
Manchester City mendominasi permainan sejak dari awal sepak mula hingga tamat perlawanan dengan mereka juga sebenarnya boleh mencatatkan kemenangan lebih besar dalam perlawanan ini.
https://twitter.com/ESPNFC/status/1651194415854112769?s=20
Jika bukan kerana kecemerlangan Aaron Ramsdale, gawang Arsenal sebenarnya boleh dibolosi lebih banyak lagi.
Arsenal kini sudah gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dari empat perlawanan terakhir mereka. dengan mereka selepas ini bakal bertemu Chelsea untuk aksi ke-34 dalam saingan Premier League.
Memandangkan Chelsea sendiri sedang bergelut dengan pelbagai masalah, sepertinya tiada masalah untuk Gunners mendapatkan semula rentak kemenangan mereka dalam perlawanan tersebut.
Manchester City sementara itu sudah berjaya mencatatkan kemenangan ketujuh mereka secara berturut-turut dalam saingan Premier League.
🗣️ "They were exceptional today, it's extremely difficult to reach that level."
Mikel Arteta shares his thoughts on Arsenal's 4-1 loss to Man City and the mood in the camp. pic.twitter.com/5OlusdYDl4
— SuperSport Football ⚽️ (@SSFootball) April 26, 2023
Skuad kendalian Pep Guardiola juga masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dari 17 perlawanan mereka dalam semua pertandingan.
The Citizens selepas ini akan turun beraksi bertemu Fulham dan andai mereka menang dalam perlawanan di Craven Cottage itu, mereka bakal memintas Arsenal dan memimpin carta saingan Premier League.