Peminat Suruh Lampard Pecat Diri Sendiri Selepas Dengar Komen ‘Dungu’ Pengurus Chelsea Itu

Frank Lampard teruk dihentam oleh penyokong Chelsea sendiri yang benar-benar beremosi mendengar komen-komen beliau selepas tamat aksi kekalahan bertemu Brentford awal pagi tadi.

Legenda Chelsea itu tewas kesemua lima perlawanan beliau sebagai pengurus The Blues sejak dari awal beliau dipilih sebagai pengganti Graham Potter.

Selain dua kekalahan bertemu Real Madrid dalam saingan Champions League, Lampard juga masih gagal untuk mencatatkan kemenangan dalam saingan Premier League.

The Blues mencatatkan kekalahan ke-13 mereka dalam saingan Premier League musim ini ditangan Brentford awal pagi tadi dengan peminat sepertinya semakin tertekan melihat situasi kelab pada ketika ini.

Satu gol sendiri jaringan Cesar Azpilicueta dan satu gol jaringan Bryan Mbeumo sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Brentford menewaskan Chelsea.

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Lampard mengeluarkan kenyataan yang sama seperti apa yang pernah beliau nyatakan ketika kariernya bersama Everton sebelum ini.

Komen beliau tentang tongkat ajaib dan segala hal aneh itu mengundang kemarahan peminat yang merasakan beliau tak sepatutnya bercakap tentang hal tersebut.

“Dengan 4-3-3, kami dilihat lebih dinamik dan lebih mengancam sepanjang 15-20 minit pertama aksi babak kedua permainan.”

Jelas pengurus sementara Chelsea itu kepada BT Sport.

“Tapi masih lagi ada perasaan pada saat ini bahawa sasaran itu tak dapat dicapai dan pihak lawan mungkin memanfaatkan itu.”

“Kami perlu atasi hal itu. Saya perlukan tongkat ajaib atau detik magis, tapi itu tak berlaku dalam bola sepak, jadi kita perlu berjuang untuk detik itu.”

Walaupun beliau dianggap sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab, namun hal itu tak membantu Lampard untuk mengelak dari dikecam teruk oleh peminat.

Beliau bahkan teruk dihentam oleh penyokong dan sepertinya tidak ada lagi peminat yang menghormati status beliau di Stamford Bridge itu.

“Kenapa dia tak cakap je yang pemain ni semua sampah dan kita semua sampah lagi hari ini. Komen dia tak membantu sama sekali.”

“Dia perlukan tongkat sakti? lepas 5 perlawanan dia kalah, dia berani bergurau seperti ini? baik dia pergi dari kelab atau dia akan dikenang sebagai individu paling teruk di Stamford Bridge.”

“Dia tak ada perasaan malu, saya harap dia berhenti sekarang. Pecat diri kamu sendiri sekarang.”

“Frank kamu tak perlukan tongkat ajaib, tapi kamu perlukan otak yang lebih sihat. Kamu letak Sterling di atas dengan Gallagher dan Kante di sebelah dia. Dan kamu persoal kenapa kita gagal jaringkan gol.”

“Tolonglah berhenti sendiri sebelum dipecat, saya rasa kita akan lebih bagus kalau bermain tanpa pengurus berbanding diuruskan oleh kamu.”

“Terima lah kenyataan yang kamu tak layak jadi pengurus, ini bukan dunia kamu. Kamu bagus sebagai pemain tapi bukan semua pemain bagus layak jadi pengurus.”

Chelsea kini berada di kedudukan ke-11 dalam carta Premier League dan sepertinya mereka sangat sukar untuk dapat tempat ke saingan Eropah musim hadapan.

Lampard selepas ini bakal memimpin Chelsea untuk bertemu Arsenal dalam saingan Premier League, jelas sekali kedua-dua pasukan terdesak mahu menang dalam perlawanan tersebut dan mengutip 3 mata penuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN