Aston Villa bertindak pantas dengan segera memuktamadkan pembelian Emiliano Buendia dari Norwich City selepas bersetuju membelanjakan £33 juta (RM192 juta) yang juga merupakan rekod pembelian kelab.
Pemain berusia 24 tahun itu yang menjaringkan 15 gol dan mencatat 16 bantuan gol telah dinamakan sebagai pemain terbaik Liga Kejuaraan Inggeris musim ini, sekaligus membantu Norwich muncul juara dan kembali semula ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Buendia telah selesai menjalani prosedur pemeriksaan perubatan di Argentina bagi melengkapkan perpindahannya ke Villa Park. Yuran perpindahannya boleh meningkat sehingga £40 juta (RM233 juta) bersama bonus tambahan.
Kecemerlangannya membolehkan beliau dipanggil mewakili skuad kebangsaan Argentina buat kali pertama untuk menghadapi saingan Copa America, namun terlepas untuk membuat debut dalam aksi menentang Chile tempoh hari yang berkesudahan seri 1-1.
https://twitter.com/calteckk/status/1401204568961265664?s=20
Beliau sebelum ini dikatakan menjadi buruan Mikel Arteta untuk membantu projek pembaharuan Arsenal selepas beberapa pemain seperti Willian dan Nicolas Pepe gagal menghadirkan impak yang diharapkan di Emirates.
Tidak mahu melakukan kesilapan yang pernah dilakukan, polisi perpindahan Aston Villa kini menyasarkan pemain-pemain yang telah terbukti mampu beradaptasi atau ‘masak’ dengan corak permainan bola sepak Inggeris.
Musim 2020/21 menyaksikan pemain-pemain yang dibawa masuk ke Villa Park seperti Ollie Watkins, Bertrand Traore, Emiliano Martinez, Ross Barkley dan Matty Cash semuanya memberi impak yang cukup memberangsangkan kepada pasukan.
Norwich bought Emiliano Buendia from Getafe for £1.4m in 2018.
They've just sold him to Aston Villa for £35m 🤑 pic.twitter.com/FLPW83EuSe
— Matchday365 (@Matchday365) June 5, 2021
Ia jauh berbeza dengan musim sebelumnya di mana mereka telah membelanjakan sejumlah £142 juta (RM760 juta) untuk 16 orang pemain baharu dan sekadar menamatkan saingan EPL seperti telur di hujung tanduk di tangga ke-17.
Siapa Buendia?
Dilahirkan di sebuah pekan kecil di Mar del Plata yang terletak di bahagian selatan wilayah Buenos Aires, Buendia telah mula bermain bola sepak ketika berusia lima tahun bersama sebuah akademi kelab tempatan, Cadates de San Martin.
Selepas enam tahun bakatnya diasah di kelab tersebut, kemahiran teknikal dan kepintarannya dalam memahami taktikal telah menarik perhatian bekas pemain Argentina, Juan Esnaider.
Lalu beliau telah diperkenalkan kepada akademi kelab ternama Sepanyol, Real Madrid. Bagaimanapun Buendia yang baru berusia 11 tahun ketika itu agak bergelut untuk menyerlah di sana.
Namun nasibnya agak baik selepas meninggalkan Real, satu lagi kelab yang berpangkalan di Madrid iaitu Getafe berminat untuk menandatanganinya bagi meneruskan pembangunan bakatnya di Eropah.
Dengan semangat luar biasa, Buendia tidak menunggu lama untuk mencipta impak di akademi Getafe dan berupaya menembusi skuad simpanan ketika usianya baru mencecah 17 tahun.
Norwich City bought Emi Buendia for 1.35 million back in 2018. The Argentine kept on improving, becoming a fan favourite. Today, he's sold to Aston Villa for a fee which could go up to 40 million. Splendid business (No sell on for Getafe. Norwich bought it out 2 years ago). pic.twitter.com/vawK0TLDxP
— Toto (@totoscrib) June 5, 2021
Sebaik sahaja berjaya membarisi skuad utama, kariernya di kelab tersebut tidak seindah yang diharapkan selepas dihantui beberapa siri kecederaan dan Getafe pula tersingkir dari La Liga pada musim 2015/16.
Mujurlah ketika dipinjamkan ke kelab divisyen dua Sepanyol, Cultural Leonesa pada musim 2017/18 beliau dapat mengembalikan prestasi terbaiknya sehingga menerima anugerah pemain terbaik pada musim tersebut.
Perkembangan tersebut telah memikat skuad pemantau bakat Norwich City, lalu dibawa ke Carrow Road pada Jun 2018 dengan diikat kontrak selama empat tahun dengan yuran perpindahan hanya sekitar £1.4 juta sahaja.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Laporte Teruja Dapat Beraksi Di Peringkat Antarabangsa Bersama Sepanyol
Dari Budak Pengutip Sampah, Kini Seisi Dunia Seakan Milik N’Golo Kante
Ugut Bunuh Penyerang Brighton, Penyokong Arsenal Di Singapura Bakal Dipenjara