Laporte Teruja Dapat Beraksi Di Peringkat Antarabangsa Bersama Sepanyol

Aymeric Laporte Sepanyol

Pemain pertahanan Sepanyol kelahiran Perancis, Aymeric Laporte berkata peluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa merupakan satu perasaan yang amat istimewa selepas berpeluang membuat penampilan pertamanya pada Jumaat.

Skuad La Roja terikat tanpa jaringan dengan Portugal dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di di Wanda Metropolitan0, Madrid.

Kedua-dua pasukan telah menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam aksi ini sebagai persediaan akhir sebelum kejohanan Euro 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Ia perasaan yang istimewa untuk berada di sini bersama Sepanyol,” ujar pemain berusia 26 tahun itu ketika ditemubual La 1.

“Kami tidak dapat keputusan yang kami mahu, tetapi kami telah berjuang dan bekerja keras. Semua orang tahu Portugal merupakan pasukan yang kuat dengan pemain-pemain yang hebat. Jadi perlawanan persahabatan ini akan menjadikan kami lebih baik pada masa akan datang.

Bercakap mengenai gandingannya bersama Pau Torres, beliau mengakui selesa beraksi di samping pemain pertahanan Villareal tersebut dan menyerahkan kepada pengurus Luis Enrique untuk menentukan kedudukannya di dalam pasukan.

“Terpulang kepada jurulatih sama ada saya akan bermain atau tidak dan dengan siapa saya akan digantingkan, pokok pangkalnya kami selesa bermain bersama.”

Aksi pertamanya di kubu pertahanan Sepanyol mendapat pujian pelbagai pihak selepas mempamerkan ketenangan dan penguasaan bola yang baik sepanjang 79 minit di atas padang sebelum diganti oleh Diego Llorente.

Walaupun telah membuat 24 penampilan di pelbagai peringkat umur bersama Perancis, Laporte kecewa apabila dinafikan peluang untuk membuat penampilan bersama skuad senior Les Blues dan terpaksa mengambil keputusan berat dengan menukar kerakyatannya.

Pemain tersebut merupakan keturunan Basque di sebelah moyangnya dan beliau layak beraksi untuk Sepanyol selepas permohonannya diluluskan pada bulan lalu setelah Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) menghantar kertas kerja permohonan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Beliau berhijrah dari Bilbao ke Manchester City pada Januari 2018 dengan rekod perpindahan sebanyak £57 juta (RM332.3 juta) dan berjaya membantu The Citizens menjulang tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

“Keseluruhannya [bagaimana boleh dinaturalisasi] panjang ceritanya dan mungkin berjam-jam saya nak kena jelaskan. Tetapi apa yang penting adalah saya sudah di sini dan saya harap ini akan menjadi kaps sulung dan banyak lagi yang akan menanti.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Dari Budak Pengutip Sampah, Kini Seisi Dunia Seakan Milik N’Golo Kante

Ugut Bunuh Penyerang Brighton, Penyokong Arsenal Di Singapura Bakal Dipenjara

Kai Havertz: Kisah Budak Kampung Dari Aachen Yang Menjulang Chelsea Di Persada Eropah

Leave a Reply