Souness: Mana Hasil Perbelanjaan RM760 Juta Aston Villa Musim Ini?

Aston Villa

£142 juta (RM760 juta) yang dibelanjakan oleh Aston Villa untuk membeli pemain baharu pada musim ini adalah satu jumlah yang cukup besar, tetapi pasukan itu kini sedang menduduki tangga ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Legenda Liverpool, Graeme Souness mengatakan beliau hairan dengan polisi pembelian pemain kelab Midlands tersebut sedangkan jumlah yang dibelanjakan adalah kedua tertinggi dalam kelangan kelab Eropah di belakang Real Madrid.

Selepas berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris pada musim ini, Aston Villa dilihat begitu ‘rakus’ berbelanja termasuk mengikat beberapa pemain yang sebelum itu dipinjamkan seperti Tyrone Mings (£20 juta) dan Matt Targett (£14 juta).

Mereka turut mendapatkan penyerang dari Club Brugge, Wesley (£22 juta), Douglas Luiz dari Manchester City (£15 juta), Ezri Konsa dari Brentford (£12 juta), Marvelous Nakamba dari Club Brugge (£10 juta), Mbwana Samatta dari KRC Genk (£9 juta) serta beberapa pemain lagi.

Termasuk pemain yang dibeli pada bulan Januari lalu, Villa telah menandatangani 16 pemain baharu. Bagaimanapun dengan perbelanjaan yang begitu besar itu, mereka hanya mengutip 25 mata daripada 28 perlawanan dan bergelut di zon penyingkiran sepanjang musim ini.

Souness dalam satu tulisannya yang disiarkan The Times UK mempersoalkan adakah semua pembelian yang dibuat secara ‘panik’ dan tidak berhati-hati. 

“Villa hanya ada 10 perlawanan sekarang ini untuk membuktikan yang mereka layak untuk terus kekal di Liga Perdana Inggeris musim depan dan tentunya ia bukan perkara mudah,” kata Souness.

“£142 juta yang dibelanjakan itu merupakan yang tertinggi di England dan kedua di Eropah di belakang Real Madrid. Mereka adalah kelab terbesar di bandar kedua terbesar di negara ini, tetapi mereka tidak konsisten, ibarat yo-yo.

“Adakah mereka cuma mendapatkan pemain pilihan kedua atau ketiga dalam senarai yang mahu dibeli? Cara itu memang bahaya, kamu perlu bersabar dan tunggu sehingga dapat pemain yang benar-benar berkualiti daripada menandatangani pemain yang salah.”

Rekod pertahanan Villa musim ini juga yang paling teruk dalam EPL. Dalam 28 perlawanan, mereka telah dibolosi 56 gol. Ia bermakna, mereka perlu menjaringkan tiga gol setiap perlawanan untuk menang.

Aston Villa sebelum ini lantang menentang cadangan untuk baki perlawanan EPL diadakan di gelanggang berkecuali dan berharap tiada penyingkiran dibuat pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Aston Villa:

Leave a Reply