Antara Dua Gianluigi

Gianluigi Buffon Donnarumma

Gianluigi Buffon telah mendominasi posisi penjaga gol skuad kebangsaan Itali untuk 20 tahun lamanya bermula pada Oktober 1997 sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk bersara dari pentas antarabangsa pada Mac 2018.

Sepanjang tempoh tersebut, secara dasarnya tidak ada mana-mana penjaga gol lain yang mampu menggugat kedudukannya bersama skuad kebangsaan melainkan beliau ditimpa kecederaan.

Kejayaan menjulang kejuaraan Piala Dunia pada 2006 telah melengkapkan karier gemilangnya bersama Itali, namun kegagalan membantu negaranya mara ke kejohanan Piala Dunia 2018 sedikit mencalarkan rekod baiknya di peringkat antarabangsa.

Apabila beliau bersara dari skuad kebangsaan, sama ada suratan atau kebetulan, muncul seorang penjaga gol muda yang hanya lahir dua tahun selepas debut Buffon bersama Itali dan mempunyai nama yang sama dengannya iaitu Gianluigi Donnarumma.

Pemain kelahiran Castellammare di Stabia itu 21 tahun lebih muda daripada Buffon dan dicanang sebagai pilihan utama untuk menggantikan legenda itu bersama skuad Itali pada hari ini.

Beliau memulakan karier profesionalnya bersama AC Milan pada 2015 dengan menjadi penjaga gol kedua termuda yang membuat penampilan pertama di Serie A pada usia 16 tahun dan 242 hari.

Donnarumma juga telah memecahkan rekod Buffon sebagai penjaga gol termuda yang mewakili Itali ketika berumur 17 tahun dan 189 hari menggantikan penjaga gol veteren itu pada rehat separuh masa sewaktu tewas 3-1 kepada Perancis.

Selepas mengumpul 15 kaps bersama skuad Azzurri, beliau tidak lagi menoleh ke belakang untuk menjadi salah seorang penjaga gol paling berpotensi di dunia.

Buffon sebelum ini memuji ‘penggantinya’ itu sebagai pemain yang mempunyai kelebihan dan kekuatan dari segi fizikal serta mempunyai teknik dan kebolehan yang baik.

Beliau juga mengakui pernah memujuk Donnarumma untuk menyertai Juventus, namun akhirnya penjaga gol muda itu menandatangani lanjutan kontrak untuk terus kekal di San Siro untuk empat tahun lagi.

Tetapi melihat kepada prestasi semasa skuad Rossoneri, Juventus dilaporkan kembali merancang untuk mendapatkannya pada musim panas 2021 akan datang memandangkan kontrak penjaga gol utama mereka, Wojciech Szczesny akan tamat pada tahun yang sama.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, Donnarumma bukan sahaja pengganti Buffon untuk skuad Itali, tetapi bakal mencipta karier gemilangnya bersama Juventus.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Buffon dan Donnarumma:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN