Buffon: Kisah Di Sebalik Kepulangan Sang Legenda, Jersi No.1 Dan Lilitan ‘Capitano’

Ramai yang merasakan kepulanga Gianluigi Buffon ke Juventus kerana mengejar piala semata-mata dengan pasukan gergasi Itali itu.

Ada juga yang merasakan Buffon akan meletakkan Maurizio Sarri di dalam dilema – serta memberikan beliau status penjaga gol utama secara automatik.

Namun sebenarnya, kepulangan Buffon pada kali ini lebih bermakna. Ianya bukan semata-mata kerana kemahuan Buffon. Semua orang tahu Buffon memang sayangkan Juventus. Manakan tidak, beliau sanggup kekal dengan kelab itu ketika mereka terperosok ke Serie B.

Buffon menyatakan beliau menolak banyak tawaran daripada kelab lain, ada antaranya menawarkan gaji jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan Juventus.

Namun beliau mengutamakan Juventus. Selepas kelab itu menghubungi beliau dan mahu membawa Buffon kembali semula ke Turin.

Kenapa Juventus mahu membawa Buffon ke Turin semula? Ianya lebih kepada usaha kelab untuk membalas segala bakti Buffon kepada kelab itu.

Buffon ditawarkan kontrak dengan gaji €1.5 juta dengan tambahan bonus atas merit pencapaian. Menariknya bonus tersebut akan Buffon dapat sekiranya beliau membuat 8 penamilan dalam Serie A dan 2 penampilan dalam UCL.

Sebenarnya klausa itu diwujudkan untuk menghargai Buffon. Jika beliau bermain 8 perlawanan Serie A musim akan datang, beliau akan menjadi pemain paling banyak beraksi dalam Serie A mengatasi rekod Paolo Maldini.

Jadi ganjaran itu diberi sebagai tanda penghargaan daripada kelab di atas pencapaian luar biasa.

Seterusnya, Buffon menolak tawaran untuk menjadi kapten pasukan. Ini selepas Chiellini mahu menyerahkan semula lilitan kapten kepada beliau.

Dan beliau juga menolak tawaran daripada Szczęsny yang mahu menyerahkan semula jersi no.1 kepada beliau.

Ini kerana Buffon menganggap kehadiran beliau ke dalam pasukan, sama sahaja seperti pemain baru yang lain – yang baru menyertai pasukan.

Selamat kembali semula Gianluigi Buffon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN