Pada Usia 18 Tahun, Donnarumma Dah Bermain 100 Perlawanan Dan Catat 33 Clean Sheets

Sukar untuk kami mempercayai bahawa penjaga gol nombor satu AC Milan, Gianluigi Donnarumma baru berusia 18 tahun.

Ketika perlawanan Serie A menentang Fiorentina malam semalam, Donnarumma mencatat penampilan rasmi ke-100 untuk AC Milan. Dalam 100 perlawanan ini, beliau sudah merekodkan 316 aksi menyelamat dan mencatat 33 clean sheets.

AC Milan yang mengharapkan kemenangan peringkat suku akhir Coppa Italia ke atas Internazionale mampu memberi sinar baru kepada pasukan mereka berdepan tugas sukar menentang Fiorentina di Stadio Franchi, Florence.

Kali terakhir mereka menang di halaman Fiorentina ini adalah pada Mac 2014. Pada ketika itu mereka menang 2-0. Selepas itu, I Rossoneri hanya mampu seri dua kali dan tewas 2 kali.

Dan dalam perlawanan malam semalam, AC Milan terpaksa berhempas pulas untuk mengelak kekalahan selepas Hakan Calhanoglu memadam gol kelebihan Giovanni Simone pada minit ke-74.

Gianluigi Donnarumma yang terlepas aksi kemenangan menentang Internazionale pada 3 hari lepas pula terpaksa melakukan 3 aksi menyelamat cemerlang untuk membantu pasukannya meraih satu mata.

Aksi menyelamat pertama Donnarumma hadir pada seapruh masa pertama apabila kegagalan perangkap ofsaid Milan yang dipasang ketika sepakan percuma Jordan Veretout membolehkan Simone membuat percubaan. Mujurlah Donnarumma pantas menyelamatkan keadaan.

Pada masa tambahan separuh masa pertama, Fiorentina melancarkan hantaran jauh yang menemui kepala Gil Dias. Tetapi Donnarumma sekali lagi bertindak cemerlang menafikan tandukan Dias.

Kemudian sebaik separuh masa kedua bermula, Donnarumma sekali lagi menjadi hero AC Milan apabila terbang untuk menafikan sepakan lencong rendah cantik daripada Milan Badelj.

Fiorentina akhirnya berjaya juga memecah kebuntuan apabila hantaran lintang cantik Cristiano Biraghi berjaya menemui kepada Simone yang melepasi kawalan Leandro Bonucci sebelum melepaskan tandukan padu yang menewaskan Donnarumma.

Bagaimanapun gol pendahuluan La Viola hanya bertahan selama 3 minit. Berpunca daripada percubaan Suso, penjaga gol Fiorentina, Marco Sportiello berjaya menepis percubaan Suso tersebut. Bagaimanapun tepisan beliau jatuh di laluan Hakan Calhanoglu yang mudah menyudahkan peluang tersebut.

Gol ini merupakan satu pencapaian buat AC Milan kerana inilah kali pertama AC Milan berjaya bangkit selepas ketinggalan gol. I Rossoneri sentiasa kalah apabila ketinggalan gol pada musim ini.

Donnarumma masih gembira di Milan

Sementara itu Gianluigi Donnarumma menafikan beliau akan berhijrah pada musim ini selepas perlawanan semalam. “Saya ada kontrak 4 tahun dan saya gembira bermain di sini,” katanya.

Sebelum ini media Itali melaporkan ada kemungkinan Donnarumma akan berhijrah selepas Ultras Milan mengkritik beliau berikutan laporan media yang mengatakan ejen beliau, Mino Raiola mahu menamatkan kontrak penjaga gol muda ini di AC Milan kerana menghadapi ‘tekanan psikologi’.

Bercakap mengenai persembahan abangnya, Antonio yang menggantikan beliau ketika perlawanan suku akhir Coppa Italia, Gianluigi berkata:

“Saya berbangga dengan Antonio. Beliau berjaya membuktikan beliau bersedia apabila pasukan memerlukannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN