Adakah Kalonda Lebih Baik Dari Pemain Tempatan Untuk Mewakili Malaysia?

Marcel Kolanda

Ketika kebanyakan media sedang sibuk membuat laporan mengenai kemungkinan Marcel Kalonda untuk mewakili skuad Harimau Malaya, timbul persoalan adakah kualiti pemain kelahiran Republik Congo itu dijamin lebih baik daripada pemain tempatan?

Dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M), kita juga pernah berdepan dengan situasi di mana terdapat pemain import yang diambil oleh pasukan-pasukan tempatan gagal beraksi dengan baik dan kualitinya jauh lebih teruk daripada pemain tempatan.

Oleh yang demikian, sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) benar-benar berminat untuk menerima Kalonda mewakili skuad kebangsaan, masih banyak perkara yang perlu dilakukan bagi menilai kemampuan sebenar pemain berusia 25 tahun itu.

Dalam satu berita yang disiarkan Bernama, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menyatakan pihaknya sudah menerima semua dokumen daripada pemain berkenaan bagi membuktikan pertalian darahnya dengan Malaysia.

Namun beliau menolak khabar angin yang mengatakan Kalonda mempunyai peluang cerah untuk menyertai skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam masa terdekat.

“Beliau telah menghantarkan beberapa dokumen sebagai bukti kepada FAM minggu lepas, dan kami masih lagi meneliti kesemua dokumen tersebut dengan pelbagai pihak berkuasa.

“Kami juga telah meminta beliau untuk mengemukakan beberapa lagi dokumen berkaitan sebagai bukti, sebelum kami boleh membawa ke peringkat seterusnya.

“Masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada beliau boleh mewakili pasukan negara, tetapi apa yang saya tahu kami masih di peringkat awal menilai perkara ini,” ujar Stuart.

Situasi berbeza dengan beberapa pemain warisan lain seperti Brendan Gan, Matthew Davies, Junior Eldstal, Natxo Insa dan La-Vere Corbin-Ong kerana semua mereka telah membuktikan keupayaan mereka di Liga Malaysia.

Begitu juga dengan dua pemain yang telah pun mendapat status pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi yang masing-masing diakui kualiti dan kehebatannya dalam arena bola sepak tempatan.

Walaupun diakui pencapaian Kalonda bersama Zesco United agak memberangsangkan dengan meraih kejuaraan Liga Super Zambia untuk tiga tahun berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019, FAM disaran supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.

Jika perlu, hantarlah panel penilai untuk terbang ke Zambia untuk melihat sendiri kualiti dan kemampuan sebenar pemain itu, sebelum memutuskan sama ada beliau benar-benar layak menyertai pasukan kebangsaan atau tidak.

Mengenai status Harry Edge yang sedang beraksi bersama Torslanda IK di liga divisyen tiga Sweden, Stuart memaklumkan pemain kelahiran New Zealand itu tidak berminat unutk mewakili negara ini.

Kredit Foto: Zesco United

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pemain warisan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN