Ramos Kini Pertahanan Dengan Gol Terbanyak Dalam Sejarah La Liga

Sergio Ramos

Selain berjaya memacu Real Madrid meraih kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad dan merampas takhta La Liga dari Bercelona, bagi Sergio Ramos mungkin ada perkara lain yang lebih mengujakannya.

Rekod jaringan menakjubkan kapten Real Madrid itu terus mencecah aras baharu apabila beliau kini merupakan pemain pertahanan dengan gol terbanyak dalam sejarah La Liga.

Pemenang Piala Dunia itu sememangnya cukup terkenal dengan kehebatannya dalam menghasilkan gol-gol penting untuk skuad Los Blancos  dan telah menjaringakan 118 gol dalam semua pertandingan sepanjang kariernya.

Malah rekod jaringannya mungkin jauh lebih baik daripada sebahagian pemain di bahagian serangan.

Dalam perlawanan pada Ahad, beliau sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika berdepa Sociedad untuk memastikan skuad kendalian Zinedine Zidane itu dalam landasan terbaik untuk kembali meraih kejuaraan La Liga.

Ianya merupakan gol ke-68 Ramos dalam saingan liga utama Sepanyol itu dan memadamkan rekod Ronald Koeman sebagai penjaring gol terbaik sebagai pemain pertahanan sepanjang zaman.

Semasa bersama Seville, Ramos sekadar menjaringkan dua gol sahaja dalam saingan La Liga, namun selepas tiba di Santiago Bernabeu pada 2006, beliau tidak lagi menolah ke belakang dengan mengumpul 66 gol sepanjang 15 musim.

Sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan Real pada 2018, beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai pengambil sepakan penalti dan musim ini sahaja beliau telah pun menjaringkan empat gol menerusi sepakan penalti.

Setakat ini, beliau hanya gagal sekali sahaja untuk menjaringkan gol daripada 17 percubaan sepanjang bersama Real Madrid.

Selepas Barcelona terikat tanpa jaringan dengan Seville, Real Madrid menggunakan kesempatan tersebut untuk memintas juara bertahan itu memandangkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan memihak kepada mereka walaupun terikat dengan jumlah mata yang sama.

Walaupun usianya sudah mencecah 34 tahun, beliau dilihat masih mampu beraksi dengan baik dan masih menjadi pilihan utama untuk terus mengemudi benteng Real Madrid untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Ini bermakna, Ramos berpeluang untuk terus memanjangkan rekod jaringannya. Jadi agaknya berapa banyak lagi gol yang dijaringkan oleh Ramos sebelum keriernya berakhir?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sergio Ramos:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN